Cara Memohon Pembayaran One-Off Bagi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Melalui Pakej PRIHATIN

Pada Jumaat yang lepas, Kerajaan telah mengumumkan cara memohonBantuan Prihatin Nasional (BPN) melalui Pakej Ransangan Ekonomi Perihatin Rakyat atau dipanggil (PRIHATIN) iaitu bantuan one-off kepada beberapa penerima yang layak.

Cara Memohon Pembayaran One-Off Bagi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Melalui Pakej PRIHATIN

Jadi hari ini, melalui Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan beberapa informasi berkaitan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) seperti siapakah yang layak, cara memohon dan sebagainya.

Pembayaran BPN akan dibuat dalam (2) dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020, mengikut kelayakan berikut:

Cara Memohon Pembayaran One-Off Bagi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Melalui Pakej PRIHATIN

Sila buat semakan bawah kategori mana anda berada.

Bagi mereka yang BELUM berdaftar, PERMOHONAN BAHARU boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM dengna klik pautan dibawah. Semunya dibuat secara online sahaja


Kaedah Pembayaran

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:

Pembayaran sekiranya:
  1. Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
  2. Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional
  3. Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)


Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 adalah seperti berikut:
  1. Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini yang telah dikemukakan.
  2. Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.
  3. Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

Tempoh Buat Semakan

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:
  1. Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan
  2. Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan

Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:
  1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
  2. Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
  3. Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my

Jika anda ingin dapatkan penerangan lebih lanjut, boleh dapatkan kenyataan rasmi dipautan inialert-info

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaa lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon dibawah:

03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 1-800 882 747 / 03-8911 1000


Post a Comment

Previous Post Next Post