Kepada mereka yang mungkin bermula untuk membuat bayaran balik YBR, ikuti disini cara bayar pinjaman Yayasan Bank Rakyat secara online dengan mudah dan pantas.
Yayasan Bank Rakyat, YBR telah menyediakan bantuan pendidikan kepada pelajar lepasan SPM bagi menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan juga pelbagai lagi program lain yang ditawarkan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh pergi ke yayasanbankrakyat.com.my untuk mula memohon pinjaman atau biasiswa yang dibuka setiap tahun.
Jadi kepada peminjam yang sudah habis tempoh pembelajaran, kini anda boleh mula buat bayaran semual kepada pihak YBR.
Ikuti disini cara bayar pinjaman Yayasan Bank Rakyat secara online menggunakan iRakyat tanpa perlu pergi ke kaunter atau mesin ATM Bank Rakyat
Cara Bayar Semula Pinjaman Yayasan Bank Rakyat Menggunakan iRakyat
Terlebih dahulu, pastikan anda sudah mendaftar perbankan online iRakyat di www2.irakyat.com.my
Jika sudah mendaftar dan selesai semuanya, barulah anda boleh mula membayar YBR secara online.
Log in terlebih dahulu di pautan irakyat.com.my
Pilih bahagian Payment kemudian Bills
Disini anda perlu masukkan butiran berkaitan diri seperti jumlah dan no kad pengenalan. Pastikan no kad pengenalan anda betul seperti yang di daftar ketika memohon YBR sebelum ini
Payee Type - Non registered > Education Load > Yayasan Bank Rakyat
To Bill Account Number - No Kad Pengenalan
Amount - Jumlah RM
Sudah selesai semua akhir sekali tekan butang Add
Kemudian akan dikeluarkan Pay Bills Transaction Listing dan tekan Submit
Kemudian pada bahagian akhir, reques TAC yang dihantar ke telefon dan tekan confirm jika sudah selesai.
Akhirnya barulah buat pembayaran seperti biasa sehingga resit dikeluarkan
Dengan cara bayaran secara online ini, pastinya pembayaran kita menjadi lebih mudah tanpa perlu beratur di kaunter Bank Rakyat atau buat bayaran di mesin ATM.
Semoga artikel cara bayar pinjaman Yayasan Bank Rakyat secara online ini memberi manfaat kepada mereka yang mungkin mula bayar semula selepas ini. Terima kasih YBR atas bantuan pendidikan ini.