Disebabkan COVID-19 dan juga arahan Perintah Kawalan Pergerakan, beberapa pawagam diumumkan ditutup sementara waktu.
Arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan melalui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyuddin Yassin iaitu Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020. Tujuannya adalah mencegah penularan baharu wabak ini yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat Malaysia.
Banyak sektor yang diarahkan ditutup seperti sektor pendidikan (taska, sekolah, universiti), beberapa sektor kerajaan dan beberapa sektor swasta yang berkaitan lain. Daripada arahan inilah, beberapa syarikat panggung wayang mengumumkan penutupan sementara bagi mengikuti arahan daripada Kerajaan.

Beberapa Pawagam Diumumkan Ditutup Sementara Waktu
Antara syarikat operator wayang yang telah membuat kenyataan umum bagi ditutup sementara waktu ini adalah GSCinemas, TGV Cinemas dan MBO Cinemas.
1. GSCinemas
Melalui kenyataan berikut, pihak GSCinemas akan menutup pawagam dan menghentikan semua tayangan dan acara dari 18 - 31 Mac 2020. Pelanggan yang telah membeli tiket akan diberi pulangan semula (refund) atas setiap pembelian. Pembelia atas talian akan dipulangkan secara automatik dalam tempoh 14 hari bekerja.
2. MBO Cinemas
Sama seperti GSCinemas, MBO Cinemas juga telah mengumumkan dimana segala tayangan dan acara dibatalkan dan dihentikan bermula 18 - 31 Mac 2020. Segala pembelian tiket juga akan diberi pulangan semula (refund) kepada pelanggan di antara tarikh tersebut.
3. TGV Cinemas
TGV Cinemas mengumumkan juga di facebook rasmi mereka dimana segala tayangan dan acara di seluruh Malaysia dihentikan atau ditutup sementara waktu bermula 18 hingga 31 Mac 2020. Pelanggan yang telah membeli tiket juga boleh dapatkan pulangan semula (refund) daripada pihak mereka.