Anda pernah terfikir, anda cinta pasangan anda sebab apa? Kenapa anda rasa sayang dan cinta sangat kepada si dia.
Cinta bagi manusia itu adalah fitrah. Semua manusia itu telah ditanam dengan sifat cinta. Tidak kira lah cinta kepada manusia, benda, perkara dan macam-macam lagi. Tetapi biasanya rasa cinta yang terpahat di dalam jiwa adalah mencintai seseorang yang berada dengan kita.
Rasa sayang atau cinta yang lebih kepada perempuan atau wanita ini akan hadir bila masanya. Kadang kita tak mampu untuk paksa terima atau tidak mampu untuk menolak. Jika ada rasa sayang maka akan timbul rasa cinta kepada mereka.
Di dalam Islam, pastinya cinta ini akan terjalin di dalam ikatan yang sah iaitu ikatan Perkahwinan. Tetapi sebelum sampai ke destinasi ini, kenapa kita jatuh cinta kepada seseorang tersebut?
Kita lihat cara dia berjalan, cara dia bergaul, cara senyum dan bersosial dengan rakan-rakan pun kita boleh jatuh cinta. Akhlak yang baik pastinya datang daripada pegangan agama yang baik juga. Islam sendiri pun ada mengajar kita supaya memilih pasangan yang berpegang kepada Islam.
Tak salah pun kita jatuh cinta sebab paras rupa, sebab kesempurnaan atau latarbelakangnya tetapi janganlah abaikan kriteria akhlas dan agama yang sudah disediakan garis panduan kepada kita.
Contoh yang paling mudah bagaimana cinta itu atas budi pekerti dan akhlak semata adalah bagaimana cintanya umat beliau kepada Nabi Muhammad SAW. Kita tak pernah lihat baginda dan baginda pun tidak pernah melihat kita. Kita tahu bagaimana baginda sangat sayang kepada umatnya kan. Inilah contoh terbaik sebab kita jatuh cinta kepada seseorang
Cintailah pasangan anda dan sebaiknya bawalah sehingga ke alam perkahwinan. Pastinya kehidupan akan di redhai olehNya.
Cinta bagi manusia itu adalah fitrah. Semua manusia itu telah ditanam dengan sifat cinta. Tidak kira lah cinta kepada manusia, benda, perkara dan macam-macam lagi. Tetapi biasanya rasa cinta yang terpahat di dalam jiwa adalah mencintai seseorang yang berada dengan kita.
Rasa sayang atau cinta yang lebih kepada perempuan atau wanita ini akan hadir bila masanya. Kadang kita tak mampu untuk paksa terima atau tidak mampu untuk menolak. Jika ada rasa sayang maka akan timbul rasa cinta kepada mereka.
Di dalam Islam, pastinya cinta ini akan terjalin di dalam ikatan yang sah iaitu ikatan Perkahwinan. Tetapi sebelum sampai ke destinasi ini, kenapa kita jatuh cinta kepada seseorang tersebut?
3 Sebab Kita Jatuh Cinta Kepada Seseorang
Terdapat 3 sebab kenapa kita rasa sayang dan jatuh cinta kepada seseorang
1. جمال | Jamal
Jamal yang membawa maksud kecantikan. Rasanya ini biasa kita dengar, kita jatuh cinta kerana pandang pertama. Pandang pertama pastinya kepada paras rupa dan fizikal. Kecantikan ini sebenarnya adalah subjektif kepada semua orang.
Kalau anda tanya orang lain, mungkin dia bagi tahu si A itu cantik tetapi ada orang lain yang memandang si A itu rupa parasanya biasa sahaja. Jadi untuk kecantikan dan rupa paras ini adalah atas kita. Janganlah kita minta pandangan orang lain berkaitan pasangan kita.
Adakah kita jatuh cinta kepada pasangan kita adalah kerana kecantikan? Ini mungkin juga antara sebab yang kita sedar. Kalau pada perempuan pasti ianya cantik manakala bagi lelaki pula pasti ianya kacak dan hensem kan
2. كمال | Kamal
Sebab kedua kita jatuh cinta kepada seseorang adalah disebabkan kesempunaanya. Kita jumpa seseorang, kita tahu rupa parasnya tidaklah hensem atau cantik tetapi anda tertarik dengan apa yang dia ada.
Sebagai contoh, anda jatuh cinta kerana si dia pandai melukis dan kebetulan sama passion seperti anda. Maka disitu tumbul rasa cinta untuk berkenalan dengan lebih rapat. Selain itu, mungkin si dia mempunyai hobi yang sama seperti anda tidak kira dalam sukan ke, kumpul setem ke kumpul duit lama. Disebabkan itu, perasaan cinta itu timbul.
Ataupun mungkin si lelaki contohnya pandai dalam bagi pick up line. Selalu sangat bergurau dengan ayat-ayat cinta, akhirnya timbul rasa sayang. Dalam memendam rasa sebagai crush akhirnya timbul rasa sayang dan rezeki disambut oleh kedua pihak.
Tanpa mempedulikan pandangan pertama seperti ciri sebelum ini pun boleh timbul rasa cinta kepada pasangan kan. Adakah anda berada di dalam sebab ini?
3. نوال | Nawal
Akhirnya sebab ketiga kenapa kita jatuh cinta kepada seseorang adalah kerana budi pekerti yang dimiliki olehnya. Kita tahu, si dia takda rupa pun, takda keistimewaan pun, tetapi disebabkan akhlaknya kita jatuh cinta kepadanya.Kita lihat cara dia berjalan, cara dia bergaul, cara senyum dan bersosial dengan rakan-rakan pun kita boleh jatuh cinta. Akhlak yang baik pastinya datang daripada pegangan agama yang baik juga. Islam sendiri pun ada mengajar kita supaya memilih pasangan yang berpegang kepada Islam.
Tak salah pun kita jatuh cinta sebab paras rupa, sebab kesempurnaan atau latarbelakangnya tetapi janganlah abaikan kriteria akhlas dan agama yang sudah disediakan garis panduan kepada kita.
Contoh yang paling mudah bagaimana cinta itu atas budi pekerti dan akhlak semata adalah bagaimana cintanya umat beliau kepada Nabi Muhammad SAW. Kita tak pernah lihat baginda dan baginda pun tidak pernah melihat kita. Kita tahu bagaimana baginda sangat sayang kepada umatnya kan. Inilah contoh terbaik sebab kita jatuh cinta kepada seseorang
Jadi sebab apa sebab kita jatuh cinta kepada seseorang tersebut?
Apapun sebabnya, bagilah akhlas dan agama itu no 1. Kalau jatuh cinta sebab kecantikan pun, pastikan kecantikan tersebut dibawa kepada arah kebaikkan. Kalau kesempurnaan yang menyebabkan kita jatuh cinta kepada si dia, jangan abaikan agama.Cintailah pasangan anda dan sebaiknya bawalah sehingga ke alam perkahwinan. Pastinya kehidupan akan di redhai olehNya.