Anda ada daging tapi tak tahu nak masak apa hari ni? Jom tengok sini senarai resepi daging yang anda boleh cuba masak.
Hari ni ada saudara nak datang rumah, ada bahan daging sebagai juadah tapi tak tahu dan bingung nak masak apa. Dengan daging sahaja terlalu banyak resepi yang anda boleh sediakan. Lagi-lagi kalau ikut resepi melayu kan. Sampai tak tahu nak pilih yang mana.
Ataupun anda sudah ada idea nak masak apa, tapi tak tahu cara masak pula. Nak guna bahan apa dan sebagainya. Jadi disini akan disediakan 10 resepi daging untuk anda cuba masak supaya dapat menambat hati ayah atau ibu mertua kan.
Resepi-resepi ni anda boleh cuba dan hidangkan kepada anak-anak atau suami atau isteri atau ibu bapa, kawan-kawan dan ramai lagi. Masak sedap-sedap, pastikan mereka tersenyum ketika mencuba juadah yang anda masak ini. Lepas tu, anda pula boleh kongsi resepi masak daging ini pula kepada mereka.
Kali ni kita bagi resepi yang guna rempah pula iaitu daging goreng madu berempah. Bila ada madu, pastinya rasanya akan sedikit manis. Sedap ke tidak. Anda boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh Zaid Azizy Yaakob ini
Nota: Untuk membangkit rasa daging dan mengelakkan rasa muak daging, anda perah sedikit asam limau nipis ke atas daging
Hari ni ada saudara nak datang rumah, ada bahan daging sebagai juadah tapi tak tahu dan bingung nak masak apa. Dengan daging sahaja terlalu banyak resepi yang anda boleh sediakan. Lagi-lagi kalau ikut resepi melayu kan. Sampai tak tahu nak pilih yang mana.
Ataupun anda sudah ada idea nak masak apa, tapi tak tahu cara masak pula. Nak guna bahan apa dan sebagainya. Jadi disini akan disediakan 10 resepi daging untuk anda cuba masak supaya dapat menambat hati ayah atau ibu mertua kan.
Resepi-resepi ni anda boleh cuba dan hidangkan kepada anak-anak atau suami atau isteri atau ibu bapa, kawan-kawan dan ramai lagi. Masak sedap-sedap, pastikan mereka tersenyum ketika mencuba juadah yang anda masak ini. Lepas tu, anda pula boleh kongsi resepi masak daging ini pula kepada mereka.
10 Resepi Daging Yang Anda Boleh Masak Untuk Yang Tersayang
1. Resepi Daging Masak Kicap
Daging masak kicap antara juadah yang anda boleh cuba dan dihidangkan kepada yang tersayang. Kalau anda nak cuba resepi ni, anda boleh cuba resepi dibawah ini yang pernah dikongsikan oleh Ben Safwan kepada orang ramai
Bahan-Bahan
- Daging yang digunakan sebanyak 500g yang dihiris nipis
- 1/2 sudu makan serbuk kunyit1 sudu makan cili kisar
- 1 sudu teh jintan manis dan jintan putih tumbuk
- 1 sudu makan bawang kisar
- 2 sudu makan kicap pekat
- 2 sudu makan kicap mani
- 1/2 sudu makan gula
- 1 1/2 sudu teh garam
- 1 batang kecil kulit kayu manis
- 3-4 biji buah pelaga
- 2 1/2 sudu makan bawang merah, bawang putih dan halia kisar
- 1 1/2 sudu makan cili kisar
- 1/2 sudu makan asam jawa
- Kica pekat
Cara-Cara
- Gaul dan perap 10 minit bersama kesemua bahan 1-7
- Dalam kuali,tumiskan kulit kayu manis bersama biji buah pelaga sampai naik bau
- Kemudian, barulah masukkan bawang merah, bawang putih, halia kisar dan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak
- Sudah pecah minyak, baru masukkan daging dan kacau sesekali pada api sederhana. Biar daging lembut dengan keluar air daging
- Akhirnya, tunggu air daging hingga hampir kering barulah tambahkan air asam jawa dan sesuaikan rasa mengikut selera. Jika perlu tambah kicap pekat untuk nampak hitam,tambah secukupnya. SIAP!
2. Resepi Masak Daging Kurma
Masak daging kurma antara juadah yang biasa kita rasa dan paling sedap jika makan bersama nasi putih dan telur dadar. Ikuti perkongsian daripada Aisyah Mansor di facebook bagaimana beliau kongsikan resepi masak daging kurma
Bahan-Bahan
- Kuantiti daging kambing yang digunakan pada masakan ini adalah bersamaan seekor daging kambing (iaitu anggaran 16 kg)
- 7 biji kelapa (anggaran-ikut saiz kelapa)
- garam secukup rasa
- 1 paket (100gm) Kulit kayu manis
- 1 paket (100gm) bunga lawang
- 1 paket (100gm) jintan manis
- 1 paket (100gm) buah pelaga
- 4-5 pek (220g) rempah kurma Faiza
- 10 ulas bawang merah - hiris
- 15 ulas bawang putih - hiris
- 7 inci halia- hiris
- 1 cawan minyak masak
Bahan Kisar
- 15 ulas bawang besar
- 18 ulas bawang putih
- 7 inci halia
- 18 biji buah keras - kuah jadi lemak
- Sayuran (untuk tabur selepas siap masak)
- 4 tangkai cili hijau
- 15 biji ubi kentang
- 6 biji buah tomato - belah 2
- 6 biji bawang besar - belah 4
- Daun sup
- Daun pandan
Cara-Cara
- Panaskan minyak dan masukkan rempah penumis bersama bahan kisar sehingga wangi
- Masukkan rempah kurma (tidak bancuh dengan air) dan kacau dengan cepat. Masukkan sedikit air supaya tidak hangus. Terus kacau lagi.
- Masukkan daging serta air dan masak sehingga daging empuk.
- Ketika daging hampir empuk, masukkan ubi kentang. SIAP!
3. Resepi Daging Masak Merah
Sekarang kita tengok resepi daging masak merah pula. Katanya masakan ini ala thai. Memang ramai lagi suka daging masak merah ni kan. Farahziana Jarahim ada tunjukkan dan kongsikan cara masak daging masak merah seperti dibawah
Bahan yang digunakan tiada sukatan, ianya secara instinct sahaja katanya.
Bahan-Bahan
- Daging
- Bawang putih 3-4 ulas
- Bawang besar
- Lada besar
- Cili kisar
- Sos cili
- Sos tomato
- Sos tiram
- Perasa garam gula
Cara-Cara
- Rebus daging terlebih dahulu. Jika nak nampak lebih merah, letak pewarna merah terang
- Jika sudah empuk, sejukkan terlebih dahulu dagingnya dan kemudian hiris nipis
- Ketuk bawang putih
- Panasakan minyak dan goreng daging sekejab bagi nampak garing-garing sikit
- Dengan minyak yang sama, tumis bawang putih tadi kemudian letak cili kisar dalam 2 sudu besar
- Kemudian bila cili kisar sudah garing, bolehlah masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato. Kalau ada sos air labu, boleh letak sekali. Kemudian masukkan air rebusan daging sebentar tadi dalam 3,4 sudu.
- Kemudian, kacau-kacau dan letak laa perasa garam gula. Akhir sekali letak lada besar dan bawang besar serta dagin tersebut. kacau sekejab dan tutup api
- Ianya sudah siap dihidang di dalam pingan. SIAP!
4. Resepi Rendang Daging
Rendang daging yang selalu di hidang pada hari Hari Raya Aidilfitri atau majlis-majlis kenduri. Mungkin anda nak cuba resepi ini pada hari biasa juga. Tak salah pun. Jadi jom tengok resepi daripada Noor Khadijah ini
Bahan-Bahan
- Serbuk jintan manis
- Serbuk jintan putih
- Lada hitam yang sudah siap tumbuk
- Bawang kecil
- Bawang putih
- Halia
- Kunyit hidup
- Serai
- Santan
- Kerisik
Cara-Cara
- Blend dan tumis terlebih dahulu bahan diatas
- Selepas tumis dan sudah garing masukkan pula cili kering
- Apabila sudah pecah minyak, barulah masukkan daging (tak perlu tambah ai).
- Apabila sudah kering, masukkan santan dan juga kerisik serta tunggu sehingga kering
- Taburkan daun kunyit dan juga serai
- Akhirnya, perasakan dengan garam
- Sudah boleh dihidangkan. SIAP!
5. Resepi Daging Dendeng
Tyna Shamsuddin ada kongsikan resepi daging dendeng. Katanya makan dengan nasi putih, panas-panas memang nak buat kita tambah lagi la. Jadi, mungkin anda boleh cuba resepi ini iaitu daging dendeng.
Bahan-Bahan
- Daging lembu
- Bawang besar, bawang kecil, bawang putih**
- Halia**
- Serai
- Daun limau purut
- Kayu manis, bunga lawang
- Cili blend
- Air asam jawa
- Air rebusan daging
- Kicap lemak manis
Cara-Cara
- Rebus daging supaya menjadi empuk
- Bahan yang bertanda ** dimayang halus kemudian digoreng
- Daging dihiris nipis dan nak bagi lebih nipis, tumbuk satu-satu hirisan daging tersebut
- Daging yang sudah siap ditumbuk sebentar tadi, kemudiannya di goreng sebentar. Jangan terlalu lama
- Guna minyak yang sama tadi, tumis serai yang sudah diketuk, kayu manis, bunga lawang dan daun limau purut
- Kacau-kacau kemudian masukkan cili blend tadi. Goreng sehingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan kicap lemak manis dlm 1/2 cawan
- Masukkan sedikit air asam jawa
- Perasakan dengan garam dan gula
- Masukkan 1 mangkuk kecil air rebusan daging tadi
- Kemudian masukkan daging yang siap digoreng tadi. Kacau sehingga kuah kering sedikit
- Masukkan bawang goreng yang sudah di goreng tadi. Kacau sehingga bawang goreng tadi sebati dengan warna masakkan.
- Kalau nampak pekat sangat, boleh tambah lagi air. Kacau sehingga nampak kering sedikit.
- Sudah siap untuk dihidangkan! SIAP!
6. Resepi Sup Daging
Nak buat yang lebih berkuah daripada daging, mungkin boleh cuba buat sup daging ala thai gitu. Disamping boleh makan dagingnya, boleh juga hirup sup tersebut. Itulah tujuan resepi ini dikongsikan oleh Ben Safwan di facebook
Bahan-Bahan
- 500-800 gram daging lembu rebus dengan 200ml air sehingga 35-40 minit api kecil dan tutup periuk. Buka sikit je bagi ruang keluar
- 500 ml air kosong
- 1 1/2 pek perencah sup siam Adabi
- 2 ulas bawang putih ketuk
- 1 batang saderi panjang
- 1 batang akar daun ketumbar ketuk
- 4-5 tangkai daun ketumbar
- 1-2 tangkai daun bawang
- 2-3 cili Thai ketuk
- 1/2 bawang Holland saiz besar
- 2 biji tomato belah 4
- 1 biji besar asam limau
- 3 sudu makan sos ikan
- Garam,serbuk perasa,bawang goreng secukupnya dan kalau perlu
Cara-Cara
- Panaskan minyak terlebih dahulu kemudian tumis bawang putih, hirisan bawang Holland, lada Thai ketuk, akar daun ketumbar, tomato hingga bawang betul-betul layu
- Sudah selesai, baru tambah 700 ml air (air + air rebusan daging), daging rebus, daun ketumbar, perencah, sos ikan dan tomato. Buka api besar, tutup periuk dan didihkan
- Bila sudah mendidih, perasakan mengikut citarasa dengan serbuk perasa, garam, hirisan asam limau hingga rasa masam pedas aroma sup.
- Dah siap. Boleh taburkan dengn bawang goreng dan siap dihidang. SIAP!
7. Resepi Singgang Daging
Biasa kita makan singgah ikan, kali ni kita guna daging pula. Makan dengan budu ke, memang kecur air liur la kan. Jom tengok resepi yang dikongsikan oleh Shareena Nana di facebook bagaimana nak masak singgang daging
Bahan-Bahan
- Gaging
- Bawang putih
- Bawang merah
- Lengkuas
- Belacan
- Cili api
- Serai yang di ketuk
- Asam keping
Cara-Cara
- Masukkan air sehingga mendidih baru masuk kan kesemua bahan kecuali asam keping
- Apabila bahan-bahan tadi sudah masak atau air sudah mendidih, baru masuk kan daging
- Tunggu daging separuh masak, baru masuk kan asam keping
- Kemudian masuk kan perasa seperti garam dan gula, seeloknya guna gula melaka
- Sudah siap dan dihidangkan. SIAP!
8. Resepi Daging Blackpepper
Nak rasa masak lada hitam pula, boleh cuba resepi daging blackpepper. Ramai juga yang suka juadah ini. Boleh hidangkan bersama keluarga. Ikuti resepi yang dikongsikan ini daripada Mazliza Ahmad
Bahan-Bahan
- 1/2 kg daging (potong nipis dan basuh)
- 2 atau 3 biji kentang (potong ikut suka)
- 1 biji bawang besar*
- 4 ulas bawang putih*
- 1 inci halia*
- 2 sudu makan lada hitam*
- 3 sudu mkn sos tiram
- 3 sudu mkn cili sos
- Kicap lemak manis (tuang ikut hitam citarasa sendiri)
- Garam dan perasa
- 1 sudu mkn gula
- Cili masak/cili hijau-belah
- Cilipadi-5 atau 6 tangkai
- 1 biji bwng besar-hiris bulat
Cara-Cara
- Blend bahan bertanda * terlebih dahulu
- Masukkan bahan yang sudah blend tadi bersama daging
- Masukkan cili sos, sos tiram dan kicap
- Gaul rata daging dan bahan
- Panaskan sedikit minyak kemudian tumis daging tadi
- Masukkan kentang
- Masukkan garam, perasa dan gula
- Masak hingga daging dan kentang hingga empuk dan agak pekat (kalau daging belum empuk, boleh tambahkan air)
- Akhirnya, masukkan cili padi, cili belah dan bawang hiris
- Siap untuk dihidang atas pinggan. SIAP!
9. Resepi Daging Goreng Madu Berempah
Bahan-Bahan
- Daging
- Jintan manis
- Serbuk lada hitam
- Serbuk cili
- Serbuk kari
- Serai
- Halia
- Bawang merah
- Bawang putih
- Garam dan gula
- Madu
- Cili
Cara-Cara
- Mula-mula anda perap daging dengan jintan manis, serbuk lada hitam sedikit serbuk cili, sedikit serbuk kari, serai blender, halia, bawang merah, bawang putih blender, garam, gula dan madu. Perap seharian.
- Hari berikutnya, goreng daging tersebut dengan api sederhana.
- Dah agak masak masukkan bawang potong dan cili api ketuk
- Akhirnya, hias dengan daun sup dan bawang goreng
- Siap untuk dihidang. SIAP!
10. Resepi Paprik Daging
Resepi ke 10 adalah resepi paprik daging untuk anda cuba. Resepi ini dikongsikan oleh pengguna Murni Rahmat. Nak makan paprik ala thai seperti di kedai, anda boleh cuba resepi ni. Tak perlu makan luar, anda boleh masa sendiri dengan kasih sayang lagi.
Bahan-Bahan
- Setengah kilo daging. Jika liat, anda boleh rebus terlebih dahulu
- Sebiji bawang Holland (potong dadu)
- Sebiji bawang besar (dikisar)
- 3 ulas bawang putih (dikisar)
- 1 sudu cili kisar
- 3 batang serai (potong kasar)
- Seinci halia
- 3 helai daun limau purut
- Sedikit sos cili dan sos tomato
- kicap manis
- Kiub ayam/cukup rasa/perasa
Cara-Cara
- Tumis bahan yang dikisar sampai naik bau dan pecah minyak
- Masukkan serai, halia dan daun limau purut
- Masukkan daging dan tunggu sampai empuk
- Tambah sos cili, sos tomato dan kicap manis
- Kemudian, reneh sekejap hingga semua bahan mesra
- Akhir sekali masukkan bawang holland, tomato dan daun saderi
- Kini ianya siap dihidang. SIAP!
Resepi Daging
Demikian 10 resepi daging yang anda boleh cuba untuk dimasakkan bagi orang tersayang. Semoga perkongsian bermanfaat kepada semua. Jangan lupa kongsikan di laman facebook anda.