Tanda Jodoh Anda Sudah Dekat Menurut Islam

Tanda Jodoh Anda Sudah Dekat Menurut Islam

Ikuti perkongsian tanda jodoh anda sudah dekat menurut Islam. Ingatlah manusian diciptakan berpasang-pasangan dan jika diberi rezeki dan jodoh, percepatkanlah perkahwinan. Ini kerana perkahwinan antara perkara yang Rasulullah suruh supaya dipercepatkan.

Perkahwinan adalah fitrah bagi setiap manusia. Ianya juga merupakan ibadah yang dituntut oleh Rasullullah dan diberi pahala yang besar. Jadi kepada mereka yang sudah cukup dan baik kemampuannya, segeralah menikah dan langsungkan perkahwinan.

Justeru bagi anda yang kini telah pun mempunyai calon yang sesuai, mungkin tanda-tanda jodoh seperti yang diterangkan dibawah ini ada pada anda dan si dia.

Tanda Jodoh Anda Sudah Dekat Menurut Islam


#1. Anda Rasa Bertuah Mengenalinya

Ini adalah salah satu tanda jodoh anda sudah dekat dimana, anda rasa bertuah ketika mengenalinya dan ketika beliau berada di sisi dan hampir dengan anda. Sebagai contoh, anda mengenali si dia dan banyak perkara yang anda bergantung kepadanya bagi membantu masalah anda. Si dia sering bersama anda ketika susah dan senang.

Kadang kita tidak perasan, orang inilah yang selalu memberi bantuan kepada anda walaupun tidak diminta. Jadi jika ada tanda ini, mungkin ianya jodoh anda.

#2. Ingin Menjadi Lebih Baik Apabila Bersamanya

Biasa perkara ini kita akan terikut-ikut dengan orang sekelilin kita apatah lagi orangnya adalah si dia yang kita selalu bersamanya. Anda menjadi termotivasi ketika bersamanya. Mungkin kerana pengaruh ilmu pengetahuannya, akhlaknya, ilmu agama dan sebagainya. Si dia adalah orang yang baik dam mampu membawa anda ke jalan lebih dekat kepadaNya

Selama mengenalinya, tidak semana-mena anda terikut-ikut dengan akhlak baiknya, hidup menjadi lebih positif dan menjadikan beliau inspirasi dalam hidup. Mungkin itu jodoh anda.

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (An-Nuur 24:26)

#3. Hati Terdetik Memberitahu, Dia Adalah Jodoh Anda

Selama mengenalinya, tiba-tiba satu hari, hati kita terdikit dan yakin bahawa si dia itu adalah jodoh anda. Sekali gus, membuatkan anda lebih bersungguh-sungguh untuk menikahi dan mengahwini bakal pasangan anda tersebut.

Tanda Jodoh Anda Sudah Dekat Menurut Islam

#4. Merasa Gembira Ketika Dekat Dengannya

Selama mengenali hati budi masin-masing, anda berasa gembira ketika bersamanya. Mungkin pergaduhan itu ada, tetapi ianya sekejab sahaja berlaku. Kebiasaanya anda akan berasa senang dan gembira ketika berjumpa bersamanya.


Kadang setiap hari, anda berasa resah jika tidak mendapat apa-apa berita atau khabar daripada si dia. Ini juga adalah salah satu tanda jodoh anda sudah dekat menurut Islam.

#5. Keluarganya Menerima Anda Sebaiknya

Selepas memberi tahu hasrat untuk bernikah kepada pasangan dan anda pergi pula menyampaikan hajat kepada keluarganya pula. Ingatlah kebahagian perkahwinan datang daripada restu keluarga. Selepas menyampaikan hasrat, ternyata keluarnya menerima anda dengan baik. Ingatlah, jodoh sudah hampir.

Tanda Jodoh Anda Sudah Dekat Menurut Islam

Pernikahan bukan sahaja menyatukan 2 insan tetapi menyatukan dan melibatkan 2 keluarga. Jika mereka sudah setuju dan restu, inilah masa yang terbaik untuk anda untuk berkahwin.

Post a Comment

Previous Post Next Post