Sewa Bilik Hanya RM100 Dengan Perumahan Bandar Yang Ditawarkan Oleh DBKL

Siapa sangka kini anda boleh sewa bilik hanya RM100 sahaja ditengah-tengah kota raya Kuala Lumpur. Inilah yang ditawarkan oleh pihak DBKL melalui program Perumahan Bandar.

Sewa Bilik Hanya RM100 Dengan Perumahan Bandar Yang Ditawarkan Oleh DBKL

Perumahan Bandar (Mico Housing) ini telah diperkenalkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada awal Ogos 2019 yang lepas.

Intiatif ini pastinya memberikan manfaat kepada mereka yang bekerja di sekitar Kuala Lumpur bagi mendapatkan tempat tinggal dengan kadar sewaan yang rendah dan berpatutan.

Kita sedia maklum dengan peningkatan kos sara hidup dan kos tempat tinggal juga memberi kesan lagi-lagi kalau penempatan kita jauh daripada tempat kita bekerja.

Bagi meringankan masalah ini maka DBKL telah mewujudkan perumahan bandar yang bersifat sementara sehingga mereka dapat berdikari dan mampu untuk mendapatkan kediaman yang lebih selesa.

Cara Mohon Sewa Perumahan Bandar (Micro Housing) Hanya RM100

Sewa Bilik Hanya RM100 Dengan Perumahan Bandar Yang Ditawarkan Oleh DBKL

Anda sudah boleh mula membuat permohonan sekarang dan tertakluk dengan kekosongan. Tawaran ini dibuka kepada mereka yang belum berkahwin dan bekera yang mana sewaan bilik adalah secara berkongsia iaitu 1 bilik melibatkan 4 katil atau 1 bilik dengan 6 katil.

Permohonan bagi penyewaan Perumahan Bandar ini boleh dibuat melalui laman sesawang eperumahan.dbkl.gov.my atau klik pautan dibawah: 

Klik Untuk Memohon

Dengan bayaran hanya RM100 sebulan termasuk elektrik dan air, penyewaan ialah 12 bulan (minimum) dan 18 bulan (maksimum)

Syarat Permohonan

Berikut merupakan syarat-syarat permohonan:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berstatus Bujang (Belum Berkahwin);
  3. Berumur 18 tahun hingga 35 tahun;
  4. Pendapatan tidak melebihi RM 2,000.00 sebulan (mengikut kadar bantuan BSH 2019);
  5. Bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (keutamaan diberikan kepada yang bekerja di dalam lingkungan 5 km radius dari Perumahan Bandar);
  6. Tidak memiliki rumah;
  7. Keutamaan kepada mereka yang berasal dari luar Kuala Lumpur dan menetap melebihi daripada 25 km radius dari Perumahan Bandar;
  8. Tidak mempunyai kereta; dan,
  9. Terbuka kepada golongan yang bekerja sahaja (golongan pelajar tidak layak)

Cara Sewa Bilik Hanya RM100 Dengan Perumahan Bandar Yang Ditawarkan Oleh DBKL

Cara Sewa Bilik Hanya RM100 Dengan Perumahan Bandar Yang Ditawarkan Oleh DBKL

Jangan lepaskan peluang keemasan ini, bagi yang baru sahaja bekerja di Kuala Lumpur khususnya dan masih tidak mempunyai tempat tinggi, mungkin anda boleh cuba Perumahan Bandar ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post