Berita baik bagi rakyat Malaysia, dimana selain daripada penerima BSH, golongan bukan penerima BSH juga layak mendaftar Skim Perlindungan Kesihatan Nasional, mySalam. Kini bantuan diperlua kepada golongan ini dan bakal membawa manfaat kepada 8 juta individu bagi tahun 2020.
Skim Perlindungan Kesihatan Nasional atau mySalam ini merupakan inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada rakyat. Jadi jika ada sebarang masalah berkaitan kesihatan, sedikit sebanyak mySalam ini dapat meringankan beban kos yang mungkin ditanggung oleh individu tersebut.
mySalam telah diperkenalkan bermula 2019 yang pada awalnya ditawarkan hanya kepada golongan penerima BSH yang berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun. Kini bermula 2020, Kerajaan berbesar hati bagi membuka permohonan juga kepada bukan penerima BSH yang berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahaun.
Perlindungan mySalam ini diberikan secara PERCUMA
Syarat Penerima Skim mySalam
Syarat ini terbuka kepada penerima BSH dan bukan penerima BSH
Penerima BSH | Bukan Penerima BSH |
---|---|
Berumur antara 18 - 65 tahun | Berumur antara 18 - 65 tahun |
Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun | Berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun |
Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun | - |
Cara Memohon mySalam
Pastikan segala maklumat diisi tepat dengan maklumat diri bukan memudahkan proses pendaftaran. Akhir sekali muat-naik gambar kad pengenalan anda.
Berapa Tuntutan Yang Diterima Melalui mySalam
Manfaat atau tuntutan daripada mySalam ini berbeza mengikuti golongan iaitu penerima dan bukan penerima BSH.
#Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.
#Manfaat Bukan Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
Penyakit kritikal RM4,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.
Senarai Penyakit Kritikal Yang Boleh Buat Tuntutan Melalui mySalam
Penyakit kritikal yang disenaraikan untuk membolehkan anda membuat tuntutan sebanyak 45 jenis penyakit. Jadi jika anda disahkan dirawat dengan senarai penyakit ini, anda layak untuk menerima manfaat mySalam sehingga RM8000 seperti disenaraikan diatas.
Antara senarai penyakit kritikal tersebut adalah
Antara senarai penyakit kritikal tersebut adalah
- Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
- Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
- Meningitis Bakteria - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Tumor Otak Benign - Keterukan Tertentu
- Buta - Kekal dan Tidak Boleh Pulih
- Pembedahan Otak
- Kanser - Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal
- Kardiomiopati - Keterukan Tertentu
- Anemia Aplastik Kronik - Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang
- Koma - Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan
- Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
- Pekak - Kekal dan Tidak Boleh Pulih
- Ensefalitis - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Kegagalan Hati Tahap Akhir
- Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
- AIDS Dengan Gejala Penuh
- Hepatitis Viral Fulminan
- Serangan Jantung - Keterukan Tertentu
- Pembedahan Injap Jantung
- Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
- Kegagalan Buah Pinggang - Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang
- Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
- Hilang Keupayaan Bertutur
- Trauma Kepala Major (Teruk) - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
- Penyakit Neuron Motor - Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan
- Sklerosis Multipel
- Distrofi Otot
- Kelumpuhan Anggota
- Penyakit Parkinson - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Hipertensi Arteri Pulmonari Primer - Keterukan Tertentu
- Penyakit Arteri Koronari Serius
- Strok/Angin Ahmar - Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan
- Pembedahan Aorta
- Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
- Kelecuran Tahap Ketiga - Keterukan Tertentu
- Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan
- Penyakit Terminal (Membawa Maut)
- Penyakit Sistik Medular
- Sindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan)
- Poliomielitis
- Skleroderma Progresif
- Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
- Elefantiasis (Penyakit Untut)
- Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)
Cara Membuat Tuntutan
Jika anda menerima rawatan berkaitan penyakit kritikal yang disenaraikan dan anda ingin membuat tuntutan. Anda boleh lihat cara membuat tuntutan dibawah
#1. Tuntutan penyakit kritikal
Langkah 1
Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
Langkah 2
Klik 'Muat turun Borang' dan muat turun borang 'Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor', berdasarkan jenis penyakit kritikal
Langkah 3
Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang 'Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor'
Langkah 4
Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon 'Tuntutan', kemudian ikon 'Penghantaran Tuntutan'. Skrol ke bawah laman dan klik ikon 'Tuntutan Penyakit Kritikal'.
Langkah 5
Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang 'Muat naik' untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
- Borang Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor
- Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
Langkah 6
Klik butang 'Hantar' untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
#2. Tuntutan hospitalisasi
Langkah 1
Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
Langkah 2
Klik ikon 'Tuntutan', kemudian ikon 'Penghantaran Tuntutan'. Skrol ke bawah laman dan klik ikon 'Tuntutan Hospitalisasi'.
Langkah 3
Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang 'Muat naik' untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
- Salinan Nota Discaj
- Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
Langkah 4
Klik butang 'Hantar' untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Tempoh Dan Bagaimana Bayaran Diterima?
Tempoh Dan Bagaimana Bayaran Diterima?
Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan di atasa ialah 10 hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap. Jika lulus, tuntutan tersebut akan dimaklumkan melalui SMS dan portal mySalam sendiri. Bayaran juga akan dibuat dengan mengkreditkan tunai secara terus ke dalam akaun penerima manfaat.
Jika ingin ketahui lebih lanjut berkaitan mySalam dan persoalan tentangnya, anda boleh lawati portal mySalam FAQ di PAUTAN INI