Adakah Barangan Online Dijangkiti Coronavirus? Ikuti Penjelasan Shopee

Adakah Barangan Online Dijangkiri Coronavirus? Ikuti Penjelasan Shopee

Coronavirus sehingga hari ini masih dilaporkan kes terutamanya di negara China iaitu di bandar Wuhan dan wilayah Hubei. Sehingga hari ini terdapat laporan beribu-ribu rakyat China telah dijangkiti dengan Novel Coronavirus (2019-nCoV) termasuk juga beberapa kes yang dilaporkan di Malaysia.

Kita sedia maklum, jangkitan virus ini disebarkan oleh titisan cecair daripada Manusia. Jadi jika mereka batuk tau bersin dan menutup muka dengan tangan. Selepas itu, mereka memegang barangan dan barang tersebut disentuh oleh tangan kita. Kita juga mungkin dijangkiti jika kesan sentuhan itu masuk ke dalam badan kita.

Dalam situasi ini, bagaimana jika kita beli barangan secara online dan kebanyakkannya datang daripada negara China. Adakah barang tersebut selamat untuk kita pegang dimana pastinya pembungkus tersebut berasal daripada China?

Sebagai contoh, antra platform terkenal iaitu Shopee. Bagaimana kalau kita beli barangan daripada Shopee dan ianya datang daripada China? Selamat ke? Dengan timbulnya persoalan ini, akhirnya pihak Shopee telah menjelaskan berkenaan persoalan tersebut.

Penjelasan Shopee Terhadap Jangkitan Coronovirus Pada Barangan

Adakah barangan kita yang di order daripada China itu selamat. Ikuti penjelasan daripada pihak Shopee di laman twitter rasminya dibawah


Menerusi penjelasan ini, pihak Shopee memberi tahu jangka hayat coronavirus tersebut adalah pendek dan tidak dapat bertahan pada objek bukan hidup dalam masa yang lama. Tambahan lagi, kebiasaanya, bungkusan dari China mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam untuk sampai ke Malaysia dan risikonya adalah rendah untuk menyebarkan virus tersebut.

Adakah Barangan Online Dijangkiri Coronavirus? Ikuti Penjelasan Shopee

Sejurus itu, pihak Shopee telah mengambil langkah yang lebih ketat untuk memastikan pembeli mendapat barangan mereka dengan selamat. Antara langkah yang diambil adalah :
  1. Gudang transit di China dibasmi kuman setiap hari
  2. Kesihatan dan suhu badang pekerja di periksa sebelum memasuki gudang tersebut
  3. semua pekerja dibekalkan dan diwajibkan memakai topeng muka dan membersihkan tangan sebelum sentuh mana-mana barangan

Jadi dengan penjelasan daripada pihak Shopee ini, sedikit sebanyak persoalan dan kegusaran yang tersemat pada diri pembeli dapat dikurangkan. Sebagai langkah berjaga-jaga lagi, buat masa ini mungkin sebarang pembelian boleh diberhentikan seketika atau barang yang diperoleh daripada China, kita basminya dengan sendiri.


sumber : twitter Shopee

Post a Comment

Previous Post Next Post