4 Jambatan Cantik Untuk Bergambar Bagi Kaki Instagram

Anda suka bergambar? Mungkin jambatan boleh dijadikan background yang cantik kepada anda. Jadi disini, anda dapat lihat senarai 4 jambatan cantik untuk bergambar bagi kaki Instagram. Ianya terletak disekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

4 Jambatan Cantik Untuk Bergambar Bagi Kaki Instagram

Sekarang kita nak bergambar pasti pemandangan cantik barulah worthy untuk kita upload dan update Instagram kita kan. Barulah cantik feed Instagram kita. Takkan nak bergambar background yang sama sahaja. Apa kata kali ni lebih berlainan sedikit iaitu bergambar dengan berlatarbelakangkan jambatan.

Ya, ini kerana di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor kini terdapat banyak tempat Instagramworthy termasuk jugalah spot jambatan yang berwarna-warni dan bercahaya ketika malam. Jadi jom kita tengok, senarai 4 jambatan cantik untuk bergambar terutama bagi kaki Instagram

5 Jambatan Cantik Spot Bergambar Untuk Intagramworthy


1. Elmina Iconic Bridge

Elmina Iconic Bridge
Jambatan ini terletak di bandar Elmina, Shah Alam. Jambatan ini sebenarnya adalah jejantas kepada jalan raya dan ianya diberikan warna merah. Tempat ini merupakan antara jambatan yang cantik untuk anda mengambil gambar atau spot Instagramworthy.

Jambatan ini berdekatan dan bersebelahan dengan Elmina Valley Park (Taman Tasik Elmina). Berdekat dengan bangunan iconic ini juga disediakan tempat parking. Jadi anda boleh bawa keluarga, kawan-kawan untuk datang dan bergambar disini.

2. Elmina Rainbow Bridge

Elmina Rainbow Bridge

Sebenarnya di bandar Elmina ini bukan ada 1 jambatan iconic dan cantik tetapi 2 iaitu Elmina Rainbow Bridge. Jarak antaranya adalah berjalan kaki 15 minit atau 2 min memandu kereta. Jadi tidaklah terlalu jauh.

Kali ini, ianya betul sebuah jambatan bagi pejalan kaki. Bangunan iconic ini mengenakan warna rainbow atau pelangi berbeza dengan iconic bridge yang berwarna merah sahaja. Jadi jika anda bergambar disini, pastinya memberikan mood gembira kepada gambar anda dengan warna pelangi.

Tahukah anda, disini juga rakaman video daripada salah seorang pemenang #GoProMillionDollarChallenge dirakamkan sehingga memenangi lebih $22,000. Jadi anda kene datang di bandar Elimina, Shah Alam ini.

3. Jambatan Nu Sentral, Kuala Lumpur

Jambatan Nu Sentral, Kuala Lumpur

Ianya jejantas yang menghubungkan antara Nu Sentral Mall dan juga Stesen Monorail Tun Sanbanthan. Untuk dapatkan spot ini, anda perlu menggunakan escalator sama ada untuk turun atau naik.

Corak yang digunapakai sangat menarik dengan disaluti warna emas. Ianya sangat worthy untuk selfie, tangkap gambar bagi kemaskini Instagram anda. Ianya tempat penggunaan harian, jadi anda perlu mencari masa yang sesuai untuk dapatkan shoot tanpa gangguan orang ramai.

4. Saloma Link, Kuala Lumpur

Saloma Link, Kuala Lumpur

Saloma Link, Kuala Lumpur

Ini adalah bangunan iconic terbaru yang diperkenalkan dan merupakan tarikan terbaru bagi penduduk kota Kuala Lumpur. Ianya merupakan jambatan pejalan kaki yang menghubungkan antara Kampung Baru dan KLCC.

Saloma Link ini berukuran 370 meter yang bermula daripada Lorong Raja Muda Musa 3 iaitu berhampiran Stesen LRT Kampung Baru dan berakhir di Jalan Saloma yang bersebelahan dengan Public Bank berhampiran dengan KLCC.

Ianya lebih menarik jika anda datang ketika waktu malam, lampu LED yang menyinari seluruh jambatan tersebut dengan pelbagai warna. Ianya akan bertukar-tukar warna. Jika anda mengambil gambar pastinya kualiti yang dihasilkan dapat menarik ramai orang. Feed Instagram pun menjadi lebih cantik kan.

Jambatan Cantik Spot Instagramworthy

Itulah antara jambatan yang cantik untuk anda mengambil gambar dan spot instagramworthy. Jika anda ada masa terluang, datang la sini bergambar. Selain itu, tolong jaga tempat menarik ini yang disediakan secara percuma. Jangan kotorkan dan jangan rosakkan.

Anda dah pergi tempat-tempat ini? Kongsikan kepada rakan-rakan anda juga artikel ini



Post a Comment

Previous Post Next Post