Zaman era teknologi sekarang, mungkin ada beberapa jenis pekerjaan mungkin tidak diperlukan lagi atau kurangnya sambutan. Sedikit sebanyak ini akan menyukarkan ambilan graduan kedalam alam pekerjaan. Dah jadi perkara biasa, belajar lain, kerja lain. Sebab apa? Permintaa pekerjaan tersebut terlalu tinggi dan kekosongannya rendah.
Jadi sekarang kepada adik-adik yang akan melanjutkan pelajaran, rasanya anda perlu membuat pencarian dan membuat pemilihan program yang bakal menyediakan peluang pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi khususnya di Malaysia.
Melalui perkongsian daripada Kementerian Sumber Manusia di facebook rasmi mereka mengeluarkan senarai pekerjaan kritikal (COL) atau pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi di Malaysia bagi tahun 2018/2019. Ini pastinya memberi panduan untuk tahun 2020.
Senarai Pekerjaan Yang Mendapat Permintaan Tinggi Di Malaysia
Critical Operation List (COL) ialah senarai pekerjaan di Malaysia yang telah dikenal pasti sebagai berkemahiran, mendapat permintaan tinggi dan strategik. Jadi ianya ciri digunakan untuk mengetahui senarai pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi.
10 Pekerjaan Yang Mendapat Permintaan Tinggi Di Malaysia Pada 2018/2019
#1 - Juruteknik Kejuruteraan Elektrikal
Pekerjaan ini telah tersenarai dalam COL selama 3 tahun berturut-turut semenjak 2016 hingga 2018
#2 - Pereka Grafik
Tahun 2020, pastinya setiap syarikat memerlukan pereka grafik bagi menghasilkan bahan pemasaran supaya dapat menarik lebih ramai pelanggan
#3 - Akauntan Bertauliah
Pekerjaan ini telah mendapat permintaan yang tinggi sejak daripada tahun 2015 lagi. Setiap syarikat pastinya ada bahagian bagi menguruskan kewangan
#4 - Penganalisis dan Saintis Data
Pekerjaan ini dijangkan mendapat permintaa tinggi daripada majikan kerana banyak syarikat yang akan memperluaskan analisis data besar pengguna dan entiti menjelang 2020.
#5 - Ahli Kimia
Pekerjaan ini juga akan mendapat permintaan yang tinggi menjelang tahun 2020 kelak. Antaranya adalah ahli kimia farmaseutikal
#6 - Keselamatan Siber
Sekarang sudah zaman teknologi dan memasuki IR 4.0. Pastinya teknologi ini digunakan secara meluas. Tetapi jika tidak dijaga, pastinya keselamatan data akan terjejas. Jadi pekerjaan ini pastinya mendapat permintaan tinggi kelak.
#7 - Kejuruteraan Makanikal
Pekerjaan ini telah tersenarai di dalam COL sejak 2015. Ianya sangat diperlukan dalam pelbagai sektor seperti plastik, kimia, elektrik, elektronik dan sebagainya
#8 - Pembangun Perisian
Secara peribada daripada admin. Ini antara pekerjaan yang mendapat permintaa tertinggi kelak. Mungkin suatu hari nanti, robot akan menjadi pekerja menggantikan tenaga manusia bagi beberapa sektor. Jadi pekerjaan inilah bertanggungjawab untuk membangunkan perisian tersebut.
#9 - Guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Ibubapa bekerja, anak-anak yang masih kecil dihantar kepada Taska untuk dijaga dan belajar. Tiada ibubapa yang membawa anak-anak mereka bekerja sekali. Jadi pastinya permintaan menjadi guru ini tinggi pada masa akan datang
#10 - Jurukimpal dan Jurupotong (Flame Cutter)
Kekurangan pekerjaan ini disebabkan oleh kekurangan kesedaran umu mengenai kemahiran tinggi yang diperlukan oleh kerjaya sebegini. Peluangnya masih tinggi setakat ini.
Ini antara 10 pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi di Malaysia, jika anda ingin melihat perkerjaan lain di dalam senarai pekerjaan kritikal 2018/2019 yang disediakan oleh pihak Kementerian, anda boleh klik sini