Jom Bekerja Sambil Berjalan Di New Zealand

Jom Bekerja Sambil Berjalan Di New Zealand

Tahukah anda, kini kerjaan New Zealand telah membuka tawaran permohonan visa bagi memohon bekerja sambil berjalan, bercuti, travel di New Zealand. Ya, anda kini boleh bekerja dengan halal dan selamat di New Zealand. Tiada isu untuk tersangkut di imigresen seperti yang berlaku di negara jiran merek Australia.

New Zealand antara negara teraman di dunia dan mempunyai tarikan pelacongan yang sangat menarik. Jika anda lihat di ruang-ruang internet, bagaimana gambaran yang ditangkap oleh lensa pelancong ketika berada di sana. Bukit dan gunung yang cantik, padang yang luas dan menghijau, sungai, tasik yang sangat indah untuk ditonton. Jadi apa kata, kita pula pergi sendiri melancong ke sana.

Tak cukup duit? Haa jadi pergilah ke New Zealand untuk bekerja dan sambil itu, boleh pergi berjalan pusing seluruh negara kiwi tersebut. Pihak kerjaan NZ membuka permohonan bagi Working Holiday Visa khusus kepada rakyat Malaysia tau. Mana lagi negara nak bagi visa istimewa ini, jadi jangan lupa kalau berminat, boleh terus memohon.


Woking Holiday Visa Di New Zealand. Bekerja Sambil Travel 

Jom Bekerja Sambil Berjalan Di New Zealand

Permohonan Working Holiday Visa ini boleh dibuat permohonan bermula 23 Januari 2020. Tetapi pastinya pihak Kerajaan New Zealand menetapkan syarat dan untuk diluluskan, anda perlu patuhi syarat ini bagi rakyat Malaysia

Syarat Permohonan

  1. Permohonan ini hanya dibuka kepada mereka yang berumur antara 18 hingga 30 tahun sahaja
  2. Tempoh visa ini hanya selama 6 bulan 
  3. Pastikan anda mempunyai simpanan awal sekurang-kurangnya NZD2250 (~RM6045) sebagai persediaan awal untuk tampung kos sara hidup di New Zealand
  4. Anda tidak dibenarkan mencari pekerjaan tetap disana
  5. Tidak boleh membawa anak dan pasangan jika sudah berkahwin. Jika mahu juga, permohonan asing perlu dibuat.

Cara Memohon

Untuk pengetahuan, Woking Holiday Visa New Zealand ini hanya dibuka kepada 1150 pemohon sahaja setiap tahun. Jika tahun ini anda tidak berjaya, anda boleh memohon pada tahun hadapan pula. Permohonan visa ini dikenakan bayaran sebanyak NZD208 (~RM558). Untuk memohon, anda boleh pergi ke pautan yang disediakan di bawah


Cepat mohon, ini kerana, sekiranya kuota sudah penuh, permohonan ini akan ditutup. Jadi rakyat Malaysia yang ingin bekerja sambil berjalan atau travel di New Zealand, cepat-cepat daftar dan mohon sekarang!


Post a Comment

Previous Post Next Post