Pada Olimpik Tokyo 2020 yang akan datang, Jepun akan sediakan masjid bergerak untuk muslim melakukan ibadah solat didalamnya. Dengan kemudahan seperti ini pastinya memudahkan mana-mana orang Islam yang datang ke Jepun untuk melakukan ibadah solat selepas ini.
Pada tahun 2020 ini, Jepun telah mencipta sebuah masjid bergerak atau tempat solat bergerak yang diberi gelaran Yasu Project. Ini kerana, tempat solat tersebut sebenarnya adalah sebuah sebuah lori, jadi ianya mudah bergerak ke mana sahaja tempat yang dirasakan sesuai atau menjadi pusat tumpuan orang Islam khususnya.
Jepun Sediakan Masjid Bergerak Untuk Orang Islam Solat
Pada asalnya, masjid bergerak ini merupakan sebuah Trak 25 Tan yang mana melalui Yasu Project ini telah mengubah dan berinovasi pada bahagian belakang trak tersebut. Pada bahagian itulah, ruang dipergunakan untuk memberi kawasan untuk solat dan katanya dapat memuatkan kira-kira 50 orang untuk bersolat dalam satu-satu masa.
Disamping itu juga, pihak Jepun juga menyediakan besen dan ruang untuk mengambil wuduk, disediakan ruang berhawa dinging dan sebagainya demi keselesaan orang ramai. Sedikit sebanyak, orang Islam dapat melakukan ibadah ditempat yang lebih bersih walaupun kita tahu Jepun ini sudah cukup bersih sebenarnya.
Kita sedia maklum, Jepun bukanlah sebuah negara Islam tetapi dari tahun-tahun ke tahun, mereka seakan menjadi sebuah negara mesra Muslim. Jika sebelum ini mereka telah sediakan ruang solat di beberapa Lebuhraya, dan kini masjid bergerak pula.
Artikel Berkaitan : Jepun Mula Sediakan Tempat Solat Di Beberapa Lebuhraya Di Sana
Jika trak ini mudah digerakkan, pastinya Masjid Bergerak ini mudah dibawa ke lokasi Sukan Olimpik Tokyo 2020 kelak. Orang Islam khususnya pasti mudah untuk menunaikan solat selepas ini. Jadi kepada mereka yang mungkin akan menyaksikan sukan Olimpik Tokyo 2020 nanti, mungkin anda akan jumpa Masjid Bergerak ini.
menarik, memudahkan juga untuk mencari tempat solat nanti
ReplyDelete