Gambar Matahari Dengan Resolusi Tertinggi Pernah Diambil Setakat Ini

Gambar Matahari Dengan Resolusi Tertinggi Pernah Diambil Setakat Ini

Ahli astronomi baru sahaja berkongsikan berkaitan imej atau gambar Matahari dengan resolusi tertinggi. Ianya telah diambil oleh Daniel K. Inouye Solar Telescope (DKIST) yang terletak Maui, Hawaii. Iany telah memberikan kita sebuah imej yang tidak pernah dilihat sebelum ini pada sebuah bintang iaitu Matahari.

Imej melalui solat teleskop tersebut menunjukkan permukaan matahari seperti rekahan di tanah gurun yang sebesar sebuah negeri Texas, Amerika Syarikat. Teleskop ini dapat memerhatikan struktur di permukaan matahari sekecil 18.5 batu (30 kilometer). Resolusi ini adalah lima kali lebih baik daripada teleskop sebelum ini, Richard B. Dunn Solar Telescope di New Mexico

Gambar Matahari Dengan Resolusi Tertinggi Pernah Diambil Setakat Ini

"Sekarang kita telah dapat melihat butiran paling kecil pada sebuah objek yang terbesar di sistem solar kita," - Kata Thomas Rimmele, pengarah DKIST

Imej Matahari Resolusi Tinggi Daripada DKIST

DKIST ini cipta bagi membuat pengukuran yang lebih tepat mengenai medan magnet matahari sepanjang corona (kawasan paling luar matahari) dan menjawab persoalan seperti mengapa corona berjuta-juta darjah lebih panas daripada permukaan matahari itu sendiri.

Gambar Matahari Dengan Resolusi Tertinggi Pernah Diambil Setakat Ini

Kita sedia maklum, kita tidak boleh melihat secara terus kepada cahaya matahari termasuk juga alat rakaman seperti kamera. Tetapi bagi DKIST ini, ianya telah direka supaya ianya mampu untuk melihat secara terus dan katanya ianya mempunyai satu sistem optik solar yang paling kompleks di dunia. Ianya juga dilengkapi sistem piping yang menyejukkan teleskop ini sehinggakan panjang lebih 7.5 batu bersama dengan sebuah tangki sebesar kolam renang.

Gambar Matahari Dengan Resolusi Tertinggi Pernah Diambil Setakat Ini
via keith rajala



Post a Comment

Previous Post Next Post