Cara Tukar Nama Facebook Page Walaupun Nama Berlainan Jauh

Cara Tukar Nama Facebook Page Walaupun Nama Berlainan Jauh

Facebook sekarang antara media sosial yang ramai pengguna aktif setiap hari. Pada 2017 sahaja, Astro Awani ada memberitahu melalui artikelnya, pengguna aktif facebook kini sebanyak 2 billion pengguna. Jadi disini lah tempat yang paling sesuai kalau nak berniaga online, cari kawasan, kongsi penulisan dan sebagainya.

Selain daripada akaun peribadi itu sendiri, facebook ada sediakan ciri lain iaitu Facebook Page. Dengan FB Page inilah anda boleh buat pelbagai benda seperti bukan kedai online, kongsi video atau gambar viral, buat penulisan dan sekali gus dapat menerima engagement yang tinggi rata-rata daripada facebook sahaja.

Tetapi ada perkara yang sukar diselesaikan ketika menggunakan Facebook Page ini iaitu anda tidak boleh tukar nama page sewenang-wenangnya. Anda perlu mengikut syarat dan terma yang disediakan oleh pihak Facebook. Sebenarnya anda bukanlah tidak boleh tukar langsung, tapi ada cara yang disediakan. Jadi kepada anda yang nak tukar nama Facebook Page, anda boleh bacanya disini.

Cara Tukar Nama Facebook Page

Jika anda sudah berbulan-bulan menggunakan 1 nama fb page ini atau anda membeli mana-mana fb page daripada pengguna lain, tiba-tiba anda rasa nak tukar nama page tersebut mengikut niche anda. Sebagai contoh, anda sudah ada fb page niche memasak tetapi nak tukar ke niche teknologi. Dari segi terma Facebook, nama yang agak berlainan tidak boleh ditukar. (i love Los Angeles kepada i love New York).

Tetapi sebenarnya ada caranya untuk anda tukar nama yang berlainan jauh ni tetapi ianya perlukan masa sedikit. Ini antara apa yang admin buat sebelum ini (Tak perlu upah orang pun sebenarnya, boleh buat sendiri).

Admin ada sebuah Facebook page yang niche dia kearah kucing yang diberi nama (Wajah Kucing Sihat). Jadi admin nak tukar kepada Hello Channel. Dari segi terma, anda tidak boleh tukar nama tersebut walaupun membuat rayuan. Tetapi admin berjaya juga tukar tanpa apa-apa side effect kepada fb page tersebut. Jom tengok caranya
  1.  Terlebih dahulu, anda tinggalkan 1 atau 2 perkataan asal dan perkataan lain ditukar kepada perkataan yang anda mahu (biasanya akan diluluskan terus)
  2. Anda perlu tunggu seminggu untuk membuat pertukaran nama seterusnya (procedure biasa)
  3. Selepas itu, barulah anda tukar perkataan yang lain kepada perkataan yang anda mahu (biasanya akan diluluskan terus)
  4. Selesai 

Kalau tak faham, anda boleh rujuk gambar di bawah

Cara Tukar Nama Facebook Page Walaupun Nama Berlainan Jauh

Jangan lupa untuk like dan share Facebook Page Hellokerja.com


Post a Comment

Previous Post Next Post