Cara Semak Nombor Telefon Yang Tidak Dikenali

Cara Semak Nombor Telefon Yang Tidak Dikenali

Anda mesti pernah terima panggilan daripada nombor telefon yang tidak dikenali. Kadan-kadang dalam sehari, terima panggilan daripada 2 hingga 3 nombor telefon yang berlainan. Ya, mungkin ada kenalan kita yang baru tukar nombor atau ada juga scammer yang ingin 'berkenalan' dengan anda. Risiko tu tau.

Sekarang ini terdapat banyak sangat scammer yang timbul. Kita tak tahu macam mana mereka boleh dapatkan nombor telefon kita. Ada pula kes dimana, orang yang buat panggilan tersebut siap tahu lagi nama sebenar dan alamat tinggal kita. Kan bahaya tu kalau kita terperangkap dengan tipu helah mereka.

Jadi dengan itu, sebenarnya anda boleh ketahui tau semak nombor telefon yang tidak dikenali ini terlebih dahulu sebelum anda angkat telefon tersebut. Jadi dengan itu, risiko untuk anda ditipu atau dimainkan oleh scammer ini sudah tiada.

Semak Nombor Telefon Yang Tidak Dikenali

Kita boleh kenalpasti nombor telefon yang tidak dikenali itu melalui sebuah aplikasi Truecaller. Anda boleh dapatkan aplikasi ini melalui platform Android dan juga iOS. Muat turun dipautan dibawah yang disediakan

Aplikasi Truecaller

Cara Semak Nombor Telefon Yang Tidak Dikenali

Macam mana aplikasi Truecaller ini berfungsi?

Aplikasi ini sebenarnya aplikasi pihak ketiga yang boleh dipakai sebagai ganti kepada aplikasi Phone sedia ada di telefon anda. Tapi ianya juga boleh digunapakai dalam masa yang sama. Dengan aplikasi ini, sebarang nombor telefon yang tidak dikenali oleh kita, mungkin akan dipaparkan nama pemilik atau nama 'khas' disebaliknya?

Macam mana tu?

Aplikasi ini memberi peluang kepada penggunanya memberikan nama (rename) kepada mana-mana nombor telefon yang mungkin berpotensi memberi kesan buruk seperti nombor telefon scammer. Jika anda pernah berbual dengan scammer tersebut, selepas itu, anda boleh rename nombor telefon scammer tersebut dengan nama Scammer sebagai contoh.

Jadi mana-mana pengguna yang menggunakan aplikasi Truecaller ini akan juga menerima nama yang sama jika nombor telefon scammer itu menghubungi anda. Jika sudah ketahui, pastinya anda tidak perlu lagi melayan atau angkat telefon tersebut. Hanya perlu tutup sahaja.

Disini juga, anda boleh spam report terhadap nombor telefon yang dianggap tidak memberi manfaat supaya lebih ramai lagi pengguna lain tidak terjebak dengan pemelik nombor telefon tersebut. Disini juga akan ditunjukkan nombor telefon bank yang mungkin kadang-kadang sering menggangu kita dikala kerja atau sedang belajar.

Dengan adanya aplikasi Trucaller ini, anda boleh semak terlebih dahulu nombor telefon yang tidak dikenali tersebut sebelum menerima panggilan mereka.



Post a Comment

Previous Post Next Post