Anggap Nama Seseorang Membawa Sial. Boleh Ke Dalam Islam?

Anggap Nama Seseorang Membawa Sial. Boleh Ke Dalam Islam?

Rupanya masih ada lagi di kalangan kita anggap nama seseorang membawa sial kepada kehidupan seharian. Mereka menganggap nama yang diberi sejak lahir tu sebenarnya punca kepada kesusahan dan nasib seseorang itu. Jadi akhirnya, tukar kepada nama lain. Betul ke ajaran ini dalam Islam?

Baru-baru isu dibangkitkan rata-rata pengguna Twitter dimana ada satu Tweet yang berbunyi dimana nama seseorang itu sebenarnya punca kepada kesakitan individu tersebut. Justeru, kalau nak sihat kembali, kene tukar nama yang lain.

Isu pelakon cilik, Putri Balqis dimana sedang menghadapi sakit misteri yang tidak diketahui oleh doktor. Dengan itu, para nitizen memberitahu dimana sebenarnya nama yang digunakan beliau iaitu Balqis adalah nama yang tidak baik iaitu nama kepada ketua Jin. Jadi disebabkan itulah, adik Balqis sakit sehingga sekarang.

Percaya nama membawa sial dan tukar nama kepada yang lain. Adakah kepercayaan ini diajar di dalam Islam atau kepercayaan karut?

Tukar Nama Lain Kerana Anggap Nama Membawa Sial

Dengan timbulnya isu inilah, ada Reply daripada seorang Ustaz memberitahu 

Menganggap nama, bulan, nombor tertentu membawa penyakit, malang atau sial termasuk perkara yang dilarang agama. Perbuatan ini disebut Tiyaroh. Kata Nabi:
 الطِّيَرَةُ شِرْكٌ
Tiyaroh (menganggap sial) itu syirik. [Riwayat Abu Daud] - AdDien90

Jadi permulaan ini kita dah nampak sebenarnya menganggap nama terutamanya atau apa-apa sahaja yang membawa penyakit, malang atau sial adalah dilarang oleh Allah. Kepercayaan ini juga dianggap mensyikrikkan Allah.

Perkongsian ini juga telah dirungkaikan oleh Mufti Wilayah, SS. Dr. Zulkifli didalam Isryad Fatwa yang menerangkan terdapat 2 keadaan dimana orang tukar nama kepada yang lain dan hanya 1 sahaja sebab yang disunatkan.

Mengikut penerangan, Ulama menggalakan kita menukar nama kepada nama yang lebih baik jika nama asal kita membawa makna yang buruk seperti Abdul Ka’abah, kerana nama tersebut terdapat unsur syirik padanya.

Manakala jika namanya makna yang baik seperti Balqis iaitu nama isteri Nabi Sulaiman, tidak sepatutnya kita mempercayai nama itu adalah nama Ketua Jin sekali gus membawa kepada sial dan kecelakaan. Seperti yang diberitahu di atas, kepercayaan ini akan membawa kepada syirik kepada Allah.

Mufti Wilayah berpandangan bahawa mempercayai sesuatu nama itu sebagai berat dan tidak mampu ditanggung seorang bayi adalah kepercayaan yang tidak didasari dengan bukti-bukti yang jelas, maka seeloknya bagi kaum muslimin untuk menjauhkan diri dari kepercayaan ini.


[+] Artikel Penuh : Menukar Nama Kerana Nama Terlalu Berat Untuk Ditanggung

Post a Comment

Previous Post Next Post