Dimusim cuti sekolah ini, jika anda bercadang untuk travel ke luar negara yang berdekatan, anda boleh cuba pergi ke negara jiran, Singapura. Dengan perkongsian ini, anda hanya membelanjakan RM200 sahaja untuk bermalam di Singapura untuk 3 hari. Inilah trip bajet katanya.
Singapore adalah sebuah negara yang berada di bahagian selatan Malaysia. Biasanya kalau ke luar negara, kita perlu menaiki kapal terbang, tetapi untuk Singapore ada banyak alternatif seperti menaiki kereta, bas dan keretapi. Ikut sahaja kos perbelanjaan anda.
BACA JUGA : Perkongsian Itineray Ke Batam Dan Bintan, Indonesia
Jadi menerusi perkongsian Hanany Rossdy di facebooknya menunjukkan bagaimana beliau melakukan trip bajet daripada Johor Bahru ke Singapore dengan hanya kos RM200 seorang untuk 3 hari.
Trip Bajet dari Johor Bahru Ke Singapore Cuma RM200
Berikut merupakan itinerari untuk trip ke Singapura dengan bajet RM200 sahaja
Hari Pertama
Hanany Rossdy
Trip Bajet dr JB Larkin ke Singapore cuma RM200 sorang untuk 3 hari! (Video ada dekat bawah. 1st day Naik bas Air-Con Express rm3.30 dr JB larkin ke singapore. 1 jam kmdian baru sampai woodlands,...
Naik bas Air-Con Express RM3.30 darir JB Larkin ke Singapore. 1 jam kemudian baru sampai Woodlands, lepas imigresen . Dari MRT Woodlands ke MRT Kranji sebab nak buat kad singapore tourist pass. (Kranji ni main office: buka selalu awal dan tutup lewat) Sbb kami sampai awal pagi, jadi kami buat kad dekat MRT Kranji.
Beli kad ni sebab nak jimat! Boleh kemana-mana sahaja dengan Bas & MRT. (Ramai yang tak tahu Singapore ada Singapore Tourist Pass Card ni. So kami ambil untuk 3 hari!
- 10 SGD for 1 days ( RM30)
- 16 SGD for 2 days( RM48)
- 20 SGD for 3 days (RM60)
Lepas siap beli kad, naik MRT ke Yishun sebab hostel kami dekat sana (Funworknet). Berehat kejap, then terus pergi ke Marina Bay Bayfront, Marina Bridge, Helix Drawbridge, Singapore Bayfront Avenue, Singapore Marina Bay Sands Mall.
Sebab kami malas nak jalan, kami naik bas ke Garden By The Bay (Singapore Tourist Pass Card kan ada, so naik bas FREE lah). Sana ada pertunjukan lampu-lampu pada pukul 8 - 10 mlam. Fush berlari kami sebab takut terlepas show tu, memang seronok habis!
Hari Kedua
Hanany Rossdy
Trip Bajet dr JB Larkin ke Singapore cuma RM200 sorang untuk 3 hari! (Video ada dekat bawah. 1st day Naik bas Air-Con Express rm3.30 dr JB larkin ke singapore. 1 jam kmdian baru sampai woodlands,...
Naik MRT ke Chinese Garden. Lepastu naik MRT ke Harbour Front pulak. Dari MRT Harbour Front pergi ke laluan bus untuk ke USS. Kena bayar 1 SGD/ rm3 (pergi) balik takyah bayar dah.
Sampai je sana, terus tangkap gambar dekat USS then cuci mata dekat kedai souvenirs. Terdapat banyak coklat!!! waa🤩. Ada Merlion Statue jugak dekat situ! Siap tu, terus berjalan ke Pantai Sentosa (20min je). Penat-penat makan tangkap gambar semua, naik bas yang sama dekat line RSW8 ke Harbour Front balik. Dan naik MRT balik ke hostel.
Hari Ketiga
Hanany Rossdy
Trip Bajet dr JB Larkin ke Singapore cuma RM200 sorang untuk 3 hari! (Video ada dekat bawah. 1st day Naik bas Air-Con Express rm3.30 dr JB larkin ke singapore. 1 jam kmdian baru sampai woodlands,...
Naik MRT ke Bugis Street (banyak cenderamata) dan Little India, ya Ampun cantiknya design dan warna dekat building dia tu. Lepastu naik MRT balik ke Woodland dan ambil bas dari Woodland ke JB Larkin terus.
Tempat Dilawati Sepanjang 3 Hari
Antara tempat-tempat yang sempat dilawati sepanjang 3 hari di Singapura seperti :
- Marina bay sand
- Marina bay bayfront
- Helix drawbridge
- Garden by the bay
- Merlion statue
- Bugis street ( souvenirs)
- Little Indian
- Chinese garden
- Sentosa Island ( USS)
Total Perbelanjaan
(1.50 SGD/RM3) pada April 2019
Hostel 3 days : 40 SGD / RM120
Singapore Tourist Pass (valid 3days) : 20 SGD/ RM60
Bas Harbour Front - USS : 1 SGD/ RM3
Bas Jb larkin- Woodland : 1.5 SGD/RM4.5
Bas Woodland- Jb larkin : 1.5 SGD/RM4.5
Total semua sekali : 3.3 +120 +60+3+4.5+4.5= RM195.30
*Price exclude food*
sumber : facebook Hanany Rossdy