Ratu Jamaica, Toni-Ann Singh telah dinobatkan secara rasmi sebagi Miss World 2019 di dalam pertandingan Ratu Cantik. Ratu Jamaica tersebut dinobatkan sebagai Ratu Cantik Ke-69 dan dimahkotakan oleh bekas Ratu Cantik 2018 iaitu Vanessa Ponce de Leon dalam acara yang telah dihostkan oleh Peter Andre dan Megan Young di London, England.
Toni adalah pelajar Jurusan Psikologi di Florida State University yang bercita-cita menjadi seorang doktor perubatan pada masa akan datang. Sebelum ini beliau telah bekerja sebagai presiden persatuan pelajar Caribbean di kampus. Dalam masa lapangnya, Toni melakukan beberapa perkaran seperti menyanyi, memasak, vlogging dan suka melakukan aktiviti sukarela. Selain itu, Toni juga mempunyai bakat nyanyian opera klasik.
Perkara paling penting dalama hidup Toni ini adalah berkaitan dengan ibunya yang juga menjadi tulang belakang kejayaannya dan sering memberi kata semangat dalam apa jua perkara yang dilakukan oleh beliau.
Toni-Ann Singh Dinobatkan Sebagai Miss World 2019
Penuntut jurusan Psikologi tersebut telah dianugerahkan Miss World 2019 diikuti dengan Ratu Perancis, Ophély Mézino di tempat ke-2 dan Ratu India, Suman Rao di tempat ke-3.
Miss World on Twitter
MissWorld2019 crowning moment...#MissWorld #London
Pada tahun ini, negara yang mengambil bahagian di dalam pertandingan Miss World 2019 ini sebanyak 111 negara. Malaysia juga tidak ketinggalan. Alexis Su Yin daripada Selangor telah mewakili negara ke peringkat Miss World selepas memenangi Miss World Malaysia 2019.