Mungkin anda nak cari port atau tempat menarik untuk ambil gambar berlatar belakang kan kapal terbang. Pastinya di airport la yang terbaik. Kat situ je kan ada kapal terbang. Jadi takkan nak masuk tempat pelepasan pula untuk ambil gambar. Memang tempat terlarang la kan.
Jadi baru-baru ini tular di facebook dimana, pemilik akaun Facebook Ahmad Ariffin kongsikan port menarik untuk bergambar berlatarkan kapal terbang yang sedang berlepas dan mendarat.
2 Lokasi Untuk Bergambar Cantik Berlatar belakangkan Kapal Terbang
#1 - Lokasi Pertama
Belakang KLIA2, hanya kapal terbang Air Asia sahaja. Kurang best, kapal yang sama je. Tapi yang bestnya, kereta kurang lalu lalang. So nak bergambar atas jalan raya pon selamat.
- Masuk ke KLIA2 masuk line arrival, tapi terus masuk line ke kanan. Jalan menuju ke tower.
- Masuk lorong kanan sebelum Tune Hotel. Jalan sampai hujung.
- Kat hujung jalan ada T-Junction, ambil kiri. So ikut je jalan jumpa T-junction lagi.
- T-junction seterusnya amik kanan. Kat sini dah boleh tengok kapal terbang landing. Ada tempat anjung spotter. Nak tengok kapal terbang mendarat atas kepala. Jalan lurus lagi, sampai jumpa kawasan agak lapang. Haaaa pandai-pandai la cari park.
#2 - Lokasi Kedua
Belakang KLIA (MAS KARGO, kalau tak silap). Sini best, mcm-macam company kapal terbang boleh tengok. Sini banyak kereta lalu lalang and laju-laju. Sebab takda AES kot. Risiko atas diri sendiri.Cara ke sana :
- Masuk ikut laluan macam nak ke LCCT
- Jumpa bulatan pertama, amik no. 12
- Jumpa bulatan kedua, amik no. 9
- Nanti anda akan tengok banyak kereta park tepi jalan belah kiri. Haaa situ la tempat tengok kapal terbang mendarat atas kepala.
*boleh je dari KLIA2 ke sini. Tapi aku rasa macam jauh. Better masuk ikut laluan mcm ke LCCT.
Desclaimer : Risiko semua atas tanggungan sendiri
sumber : facebook Ahmad Ariffin
Keywords:
info