Anda mungkin biasa berbelanja dengan menggunakan kad debit terutamanya kad Maybank. Pastinya anda akan diminta cara bayaran sama ada melalui masukkan no pin ataupun secara PayWave. Inilah 2 cara yang ada ketika ingin membayar menggunakan kad debit.
Melalui No Pin, anda harus masukkan 6 digit no sebelum membuat pembayaran dan berbeza secara PayWave. Anda hanya perlu letakkan kad anda di atas mesin debit tanpa masukkan apa-apa no atau kod pun. Terus pembayaran dibuat.
Nampak mudah dan cepat kan? Letak sahaja dah settle buat pembayaran.
Tetapi kalau dilihat dari sudut lain, sepertinya kad debit anda tersebut boleh digunakan oleh sesiapapun untuk bayar secara PayWave.
Ini disebabkan tak perlu masuk no pin pun. Jadi cuba bayangkan kalau kad tersebut tiba-tiba hilang dan ada mereka yang berniat jahat menggunakan kad debit Maybank anda tersebut.
Habis duit lesap begitu sahaja kan!??
Jadi bagi mengelakkan perkara buruk ini berlaku, dinasihatkan matikanlah fungsi PayWave di kad tersebut, lagi-lagi kepada mereka yang selalu lupa atau cuai lagi-lagi berkaitan kad debit atau wallet sekali pun. Asyik-asyik lupa letak kat mana.
Cara Matikan Fungsi PayWave
Cara ini spesifik kepada kad debit Maybank sahaja. Untuk kad debit bank lain, mungkin anda boleh pergi laman web mereka.
Untuk pengetahuan, PayWave hanya dilimitkan kepada transaksi tidak lebih RM250 sehari. Jika lebih daripada itu, anda perlu gunakan No Pin. Bagi fungsi ini ada 2 cara anda boleh matikan iaitu melalui mesin ATM dan juga website Maybank2U
Melalui Mesin ATM
Cara matikan PayWave ni (off debit) :
- Pergi ke mana-mana lokasi mesin ATM
- Masukkan kad dan pilih Other Transactions
- Kemudian pilih Change Limit > Purchase Limit
- Pilih No Purchase
- Masukkan nombor kad pengenalan dan kita akan diminta untuk sahkan pilihan "No Purchase"
Cara ini sekali gus mematikan fungsi kad debit itu sendiri. Tapi kalau untuk matikan fungsi PayWave sahaja anda hanya perlu Set 0 limit je kalau still nak pakai debit card atau lebih mudah call customer care di talian 1300-88-6688
Melalui Website Maybank2U
Anda juga boleh nyahaktfikan fungsi paywave secara online melalui Maybank2u
- Login seperti biasa menggunakana Username dan Password di website www.maybank2u.com
- Kemudian klik pada Setting
- Pilih tab Cards
- Scroll ke bawah sedikit nanti nda akan nampak CONTACLESS LIMIT. Default limit yang diletakkan adalah rm1000, jadi disini anda boleh letakkan limit yang anda mahu sahaja, atau letakkan pada RM0 (untuk matikan PayWave) untuk keselamatan anda.
- Request TAC untuk confirmation bagi selesaikan transaksi anda sebentar tadi.
Diharap kita menjadi lebih peka terhadap simpanan dan kad bank kita. Macam-macam penipuan akan berlaku kalau kita tidak alert dengan keadaan sekeliling. Diharap perkongsian cara matikan fungsi PayWave Kad Debit Maybank ini memberi manfaat.
Thanks a lot ya. Sangat2 membantu
ReplyDelete