Untuk pengguna Celcom, jika anda mahu dapatkan bil telefon anda, ikuti 3 cara mudah ini. Anda mungkin pengguna baru atau pengguna lama tapi masih tidak tahu untuk dapatkan bill statement bagi setiap bulan penggunaan.
Kalau zaman dahulu, bill statment tidak kira daripada syarikat apa pun termasuk Celcom, setiap bulan mereka akan hantar atau pos bil anda. Ya! anda akan menerima surat bil yang ditulis di atas kertas. Untuk era digital ini, tiada lagi kertas digunakan, semuanya hanya secara digital. Anda pula boleh dapatkan dengan pantas bila-bila masa sahaja.
Jadi jom tengok 3 cara dapatkan bil Celcom anda dengan mudah. Yang penting ada sambungan Internet tau.
3 Cara Dapatkan Bill Statement Celcom Dengan Mudah
#1 - Hubungi Pihak Celcom (Contact Us)
Ini merupakan cara paling senang yang diberitahu oleh pihak Celcom. Anda hanya perlu ke pautan www.celcom.com.my/support/contact-us dan masukkan maklumat yang diperlukan.
Anda perlukan masukkan no telefon untuk bil anda kemudian masukkan 4-digit OTP. Akhirnya pihak Celcom akan sediakan penyata bil anda dan sedia untuk dimuat-turun. Kalau masih tak faham, ikuti langkah bergambar di bawah.
#2 - Melalui Aplikasi Celcom Life
Aplikasi Celcom Life boleh dimuat-turun bagi kedua-dua pengguna Android dan Apple. Jadi anda perlu download aplikasi terlebih dahulu di pautan disediakan di bawah
*Arahan
- Pergi ke Pay bills
- Kemudian pilih View Bill Statement
- Pilih Statment Month
- Tekan Detailed Bill Statment
#3 - Melalui Online Customer Service
Jika 2 cara di atas tidak dapat digunakan, anda boleh cuba cara ke 3 ini iaitu melalui Online Customer Service
Terlebih dahulu, anda perlu log masuk ke Online Customer Service (OCS)
Langkah-langkah seterusnya :
- Sebaik sahaja anda telah log masuk, pergi ke menu di sebelah kiri, "View & Pay Bill"
- Kemudia pilih Bill Statement. Penyata bil anda akan dipaparkan disusun mengikut bulan terkini
- Muat turun bil. Selesai!
*catatan : anda hanya akan dapat lihat 6 bulan terawal sahaja untuk penyata bil anda
Begitulah 3 cara untuk anda dapatkan bil telefon Celcom anda dengan mudah. Jika cara pertama tidak jadi, anda boleh guna cara ke 2 atau 3 dan sebaliknya. Perkongsian ini diperolehi daripada community Celcom. Anda boleh cari lagi pelbagai cara dan penyelesaian di sana. Harap perkongsian cara dapatkan bil Celcom ini bermanfaat untuk anda. Jangan lupa share!