Di Malaysia terutamanya, scammer bagai cendawan tumbuh selepas hujan, setiap minggu, setiap bulan pasti ada je kes scammer yang berjaya menipu dan mangsa berkongsikan pengalaman kepada orang ramai di media sosial bagaimana modus operandi mereka dan supaya orang ramai setiap berwas pada dengan mereka.
Kali ini, ada lagi kes scammer iaitu melalui Whatsapp yang telah dikongsi oleh pemilik akaun facebook Mohd Fadli Salleh. Tetapi ianya bukanlah pengalaman sendiri, tetapi pengalaman daripada rakannya sendiri. Jadi beliau berkongsikan bagaimana teknik dan modus operandi yang dilakukan oleh scammer tersebut.
Teknik Terbaru Scammer
Beliau senaraikan teknik bagaimana scammer tersebut menipu kawanya dengan mengambil duit rakanya.
- Scammer akan ambil gambar kita kat Facebook
- Scammer akan menggunakan gambar dan nama kita dan letak sebagai gambar/nama profail di WhatsApp. Biasanya gambar bersama keluarga agar lebih dipercayai.
- Scammer akan search friendlist kita di Fb dan cari seramai mungkin kawan-kawan kita yang tinggalkan no phone di Facebook.
- Scammer akan menyamar menjadi kita whatsapp minta tolong transfer duit. Alasan pelbagai diberikan. Biasanya alasan yang urgent dan memerlukan kita transfer segera duit.
- Di sini ramai tertipu. Mereka ingat yang whatsapp dan tengah terdesak tu kawan-kawan betul mereka. Dan transaksi pun dibuat.
Kawan beliau baru sahaja kena tipu RM4850 petang tadi. Punya licik dan jahat tektik mereka. Ingat ini nombor SCAMMER : 011-27686433
Nombor ini akan bertukar-tukar sentiasa tau. Aku sendiri SCAMMER pernah menyamar jadi diri aku dan cuba tipu kawan-kawan Fb aku.
Nasib baik antara orang awal yang dia hubungi tu polis trafik yang bijak. Silap besar dia nak tipu polis, akak polis call aku dulu nak sahkan betul ke aku nak pinjam duit. Terus aku buat report cover masa tu juga.
Bagaimana Atasi Bagi Mengelakkan Ditipu Scammer
TOLONG CALL kawan yang ingin pinjam duit tu. Dengar suara dia sendiri. Lagi bagus JANGAN AMALKAN BAGI PINJAM.
Tapi tu lah. Kalau kawan rapat or sanak saudara tengah terdesak, jiwa kita sebagai manusia pasti nak bantu kan?
INI NOMBOR AKAUN SCAMMER :
No akaun : 8009996980
Bank : Cimb Bank
Nama akaun : Dintexx fashion world
No akaun : 5662209654823
Bank : Maybank
Nama akaun : Goldstar fashion resources
JANGAN TRANSFER apa-apa amaun ke dalam dua akaun ini. Ini akaun SCAMMER.
Berikut merupakan antara perkongsian daripada rakan yang ditipu scammer tersebut. Sepertinya mereka membuat kerja dengan baik dengan mendapatkan maklumat kawan-kawan kita facebook. Kalau kita tanpa sedari, mudah ditipu.
Jadi berhati-hatilah dengan teknik terbaru scammer menipu melalui Whatsapp ni. Supaya kita jauh daripada scammer dan penipu ini semua
sumber : Mohd Fadli Salleh