Kepada mereka yang bakal berumah tangga tidak lama lagi, pasti pelbagai pertanyaan, persediaan yang perlu disediakan sebelum tiba hari tersebut. Hujung tahun pula iaitu musim sekolah lah masa yang sesuai untuk melangsungkan kenduri perkahwinan.
Antara yang perlu difikirkan ketika proses pernikahan adalah soalan interview yang ditanya ketika menghantar borang nikah. Melalui perkongsian nurulainan1, beliau berkongsikan soalan dan jawapan interview ketika proses pernikahan atau ketika hantar borang nikah.
Melalui pengalaman dan perkongsian daripada warganet juga, interview nikah ini tidaklah berlaku bagi setiap negeri dan tujuannya bukan memberi kelulusan dan kebenaran untuk bernikah, tetapi sekadar ujian sahaja. Negeri yang sepertinya terlibat dengan proses interview ni adalah bagi negeri Johor. Pahang tiada interview nikah setakat ini yang admin tahu.
Jangan risau, admin kongsikan soalan dan jawapan interview nikah tersebut bagi mereka yang merasakan bakal ditanya oleh juru nikah ketika pernikahan atau ketika hantar borang nikah nanti.
Soalan Dan Jawapan Interview Ketika Hantar Borang Nikah
Terdapat beberapa soalan yang akan ditanya oleh juru nikah, antaranya adalah :
Soalan : Lafaz dua Kalimah Syahadah beserta makna
Jawapan :
Makna Syahadah: “Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan
aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu adalah Rasulullah.”
Soalan : Baca Surah al-Fatihah
Jawapan :
Soalan : Baca Doa Qunut
Soalan : Apa yang anda tahu berkaitan Munakahat (Pernikahan)? Serta sebutkan rukun Nikah.
Jawapan : Munakahat adalah sesuatu ilmu tentang perkahwinan.
Rukun nikah
- Pengantin lelaki
- Pengantin perempuan
- Wali
- Saksi
- Sighah - Ijab dan Qabul
Soalan : Apa itu Thaharah (bersuci) ? Hadas ada berapa jenis? Najis ada berapa jenis? Bila kena mandi wajib?
Jawapan : Thaharah dari segi bahasa iaitu Suci dan bersih, manakala dari segi istilah syarak adalah Suci dan bersih daripada najis atau hadas.
Hadas ada 2 jenis iaitu Hadas Besar dan Hadas Kecil
Najis ada 3 jenis iaitu najis muhaffafah, najis Mutawassitah dan najis Mughallazah
Sebab kena mandi wajib seperti Haid, Nifas, Keluar Mani, Bersetubuh, Meninggal dunia dan Wiladah
sumber : perkahwinan yatt hamzah |
Soalan : Sebutkan tanggungjawab sebagai seorang Suami atau Isteri
Jawapan : Antara tanggungjawab suami atau isteri adalah :
- Menunaikan perintah/hak Allah
- Bimbing isteri lakukan kebaikan, tinggalkan keburukan
- Beri nafkah pada isteri.
- Menyayangi/ beri layanan baik kepada isteri
- Melindungi isteri
Jika bukan pun soalan ini ditanya ketika pernikahan daripada juru nikah, soalan 2 hingga 3 itu sepatutnya wajib diketahui oleh setiap muslim. Ini kerana ianya perlu diaplikasikan dan digunakan dalam hidup seharian muslim. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada mereka yan mungkin ditanya dan di interview ketika hantar borang nikah atau ketika pernikahan.
sumber : twitter nurulainan1