Bagi yang ingin travel sama ada luar atau dalam negara. Anda sudah membuat persediaan sebelum melancong? Adakah anda sudah membuat check list yang perlu di bawa. Atau anda tidak pasti persediaan apa yang perlu dibuat sebelum melancong ke negara orang? Mungkin disini sedikit tips untuk anda.
Hujung tahun pastinya ramai keluarga atau rakan-rakan mengambil keputusan untuk melancong ke luar negara atau dalam negara. Untuk keluarga, inilah masanya untuk bersama anak-anak yang mana hujung tahun merupakan cuti persekolahan buat mereka. Jadi kalau sudah tempat tiket kapal terbang, tiket keretapi atau memandu sendiri sekali pun, dah buat persediaan belum untuk melancong bersama anak-anak terutamanya? Kalau travel bersama teman, sudah merancang perjalanan?
Ikuti tips persediaan sebelum melancong ini. Ianya dilakukan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingin berlaku setibanya di tempat tersebut. Lagi-lagi jika anda berada di luar negara.
Tips Persediaan Sebelum Melancong
Persediaan ini boleh dilakukan sebelum anda membeli tiket kenderaan (kapal terbang, keretapi, cruise dan sebagainya) atau selepas membeli. Persediaan perlu dibuat bagi mengelakkan perkara buruk berlaku seperti yang diberitahu sebelum ini.
#1 - Sediakan Aturcara Perjalanan / Itinerary
Ini merupakan perkara asas kepada yang patut dibuat oleh semua orang. Sebelum melancong, sediakan itinerary untuk tempat yang bakal anda lawati. Jangan pergi ke tempat tersebut tanpa persediaan dan anda ingin langgar semuanya. Cara ini pasti dapat mengurangkan kos perjalanan, merancang masa bagi setiap tempat dan tentunya dapat lawati tempat-tempat menarik jika aturcara perjalanan dibuat.
#2 - Tempat Penginapan
Tempah awal terlebih dahulu tempat penginapan anda, terutamnya ketika ingin melancong ke luar negara. Terdapat banyak kebarangkalian perkara tidak baik berlaku jika anda tempat sendiri (walk-in) ke tempat penginapan tersebut. Kebiasaanya harga tempah sendiri dihotel lebih mahal berbanding online. Kemungkin juga, tempat penginapan anda tersebut penuh ketika hari kejadian iaitu anda tiba di sana. Jadi anda mahu bermalam di mana jika tiada tempahan penginapan?
Sekarang zaman teknologi, anda boleh membuat tempahan terus secara online sahaja. Terdapat banyak website yang menyediakan perkhidmatan ini seperti OYO Hotel, Airbnb, Traveloka, Expedia dan banyak lagi. Ada yang boleh tempah tanpa deposit dan boleh batalkan bila-bila masa sahaja. Semunya sudah mudah.
Jika sudah sampai di destinasi luar negara. Disana nak sewa kereta? nak naik bas awam? atau jalan kaki sahaja. Sebab itu perancangan dan persediaan itu perlu. Sebagai contoh, di Jepun, pengangkutan paling sesuai adalah keretapi dan juga berjalan kaki. Di New Zealand, kereta sewa paling sesuai
#3 - Pengangkutan
Pengangkutan ini boleh dibahagi 2 iaitu pengangkutan untuk sampai ke destinasi percutian dan juga pengangkutan selamat berada di tempat percutian. Anda merancang nak pergi destinasi anda itu dengan menaiki apa? Kalau dalam Malaysia sahaja, pasti banyak pilihan; dengan kereta, bas, keretapi atau kapal terbang. Tapi kalau luar negara, pastinya pilihan yang ada sangat terhad. Sudah pastinya pilihan menaiki kapal terbang yang paling releven sekali. Buat perancangan.Jika sudah sampai di destinasi luar negara. Disana nak sewa kereta? nak naik bas awam? atau jalan kaki sahaja. Sebab itu perancangan dan persediaan itu perlu. Sebagai contoh, di Jepun, pengangkutan paling sesuai adalah keretapi dan juga berjalan kaki. Di New Zealand, kereta sewa paling sesuai
#4 - Makanan
Sebagai Muslim, pemakanan juga antara yang penting, lagi-lagi jika berada di luar negara. Di negara yang Muslim adalah minoriti seperti Jepun, Korea, Eropah, Australia dan sebagainya. Di sana untuk mencari makanan halal bukanlah semudah anda mencari di Malaysia. Jadi di sana, anda nak beli je ke atau nak masak, bawa sedikit bekalan daripada Malaysia? Persediaan sangat perlu.
Ada juga negara yang sedikit sukar untuk membawa makanan masuk, perlu disemak di imigresen semua. Sebagai contoh di Australia. Anda nak bawa masuk makanan daripada Malaysia boleh tetapi terlebih dahulu akan di semak sepenuhnya di airport. Selain itu, produk tenusu, daging haram di bawah ke Australia.
Di luar negara memang sukar untuk mencari makanan halal tetapi ianya ada. Bagaimana nak tahu lokasinya? Sebab itulah persediaan sebelum melancong itu mesti dibuat. Google sahaja, baca perkongsian pengalaman daripada orang lain.
#5 - Perbelanjaan
Inilah yang paling dititik beratkkan selepas itinerary disiapkan iaitu perbelanjaan atau kos perjalanan. Jika anda berada di golongan yang berkemampuan, mungkin ini bukan masalah besar untuk anda tetapi jika anda pentingkan perbelanjaan, jadi ianya perlu dibuat persediaan. Sesungguhnya perbelanjaan yang bersedia berbanding perbelanjaan yang tidak bersedia itu berbeza.
Anda perlu rancang segala duit yang anda akan keluarkan ketika berada di tempat orang terutamnya di luar negara. Jika tidak, mungkin perbelanjaan anda akan melambung tinggi. Sebagai nak shopping, berapa duit yang anda boleh keluarkan, untuk makanan, perjalanan, tempat tinggal dan sebagainya. Semunya perlu kepada perancangan.
Buat Persediaan Sebelum Melancong
Buat lah persediaan rapi bagi anda yang ingin melancong dan bercuti di dalam dan luar negara. Supaya segala perancangan yang dibuat dalam mengelakkan kejadian yang tidak di ingini daripada berlaku. Sekarang pun, segala maklumat boleh didapati di hujung jari sahaja. Anda bukan Google, semuanya sudah tersedia. Tinggal anda untuk merapikannya sesuai dengan perjalanan anda. Harap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda bagi membuat persediaan sebelum melancong.
Keywords:
travel