Perkongsian Itineray Ke Batam Dan Bintan, Indonesia

 Itineray Ke Batam Dan Bintan, Indonesia

Bintan adalah sebuah kepulauan kecil di Indonesia yang katanya keadaan seperti di Maldives. Betul ke ni? Ada perkongsian daripada rakan instagram milik meeraleana iaitu bagaimana beliau dan bersama rakan bercuti ke 2 buah pulau iaitu Batam Dan Bintan yang katanya keadaan disana seperti di Maldives tetapi hakikatnya ada di Indonesia. Jom ikut perkongsian ini.


Meeraleana bercuti bersama 3 orang temannya yang bagi 2 hari 1 malam untuk destinasi Batam dan juga Bintan. Beliau juga berkongsikan gambar-gambar menarik dan mendapat banyak reaksi dan perkongsian daripada warganet kerana terpegun akan kecantikan pulau-pulau tersebut. Makin ramai la yang nak datang.

Itinerary Ke Batam Dan Bintan, Indonesia

#Hari Pertama

Terminat Feri Stulang - Batam Centre

Pada hari pertama, mereka telah bertolak dari rumah pada jam 6.45 pagi dan sampai kat Terminal feri Stulang pukul 7.15pagi. Untuk pengetahuan, kaunter feri di termina tersebut dibuka seawal jam 6 pagi. Tiket feri boleh dibeli melalui pembelian online atau beli di kaunter terminat terus. Mereka membuat keputusan membeli tiket feri terus dikaunter sahaja. Perjalanan pertama atau first trip adalah pada jam 7.15 pagi dan perjalanan seterusnya adalah setiap 45minit. Mereka memilih untuk naik trip pada pukul 8 pagi.  Perjalanan dari terminal Stulang ke Batam Centre makan masa 2jam. 

Untuk ke Batam, anda mempunyai 2 pilihan sama ada bergerak daripada Pasir Gudang (sejam setengah perjalanan) atau daripada Singapore (sejam perjalanan). Buat keputusan mengikut lokasi anda. Sampai di Batam Centre, terus beli simkad untuk book Grab. Tetapi area terminal, Grab tidak dibenarkan masuk so terpaksa naik teksi.

Batam Centre - Jeti Tanjung Uban (Bintan)

Lepas check in hotel di Batam dan letak barang-barang, mereka deal dengan supir tersebut untuk hantar ke jeti sebab nak terus ke Bintan & singgah lunch makan ayam penyet. Nak beli tiket ke Bintan pun make sure ambil jeti Tanjung Uban. Naik speedboat mahal sikit tapi cepat, 15 minit je. Feri ambil masa perjalanan dalam sejam.

Jeti Tanjung Uban - Lagoi Bay + Treasure Bay

Sampai je di jeti Tanjung Uban, cari teksi untuk ke Lagoi Bay. Kat Bintan ni pun memang takde Grab. Standard price one way jeti - Lagoi Bay lebih kurang Rupiah 250,000 (RM73). Nego sikit dengan supir tu dapatlah 450,000 (RM13) untuk return price. Entrance fee untuk Treasure Bay Lagoi pun beli dengan dia (supir) murah, 100,000 termasuk main slide. Kalau kat kaunter 120k tak termasuk slide. 


 Itineray Ke Batam Dan Bintan, Indonesia

 Itineray Ke Batam Dan Bintan, Indonesia

 Itineray Ke Batam Dan Bintan, Indonesia

Tak cukup masa di Treasure Bay ni sebab sampai pun dah pukul 2 petang. Pada pukul 4.30 petang supir dah nak pickup sebab takut takde boat nak balik ke Batam. Last boat 5.30 petang atau 6 petang depends passenger ramai ke tak. So sejam mandi, sejam bergambar 🤪 Tapi sempat jugak lah mandi-mandi, main slide dan see through canoe. Actually kena bayar mahal untuk main canoe tu. Semua mainan RM100++ each 🥴Dia cakap sebab dekat dengan Singapore. Tapi staff yg jaga tu baik. Mereka mintak ambil gambar je tapi dia bagi naik free canoe tersebut. 

Itineray Ke Batam Dan Bintan, Indonesia

Pada 4.30 petang supir pickup & hantar ke jeti Tanjung Uban. Sampai di Batam, dari jeti ambil supir lain untuk hantar ke restoran seafood. Mintak dia hantar kat restoran Kelong tapi dia hantar ke Golden Prawn 555. Makanan yang disediakan dengan harga berpatutan dan sedap. Senibong lagi sedap.

Hari pertama habiskan masa di pulau Bintan sahaja. Disinilah terletakkan kolam atau Lagoonterbesar dan air birunya sangat cantik kayakkan sama seperti di Maldives gitu. Tengok sahajalah gambarnya. Untuk aktivi lain di Bintang, anda boleh rujuk sini

Perbelanjaan Hari Pertama

Return ticket jeti Stulang-Batam-Stulang : RM131/pax
Parking kereta : RM9
Evitel Hotel : RM203/3
Simkad : 95k rp/2
Teksi from terminal to hotel : 40k rp/3
Lunch set ayam penyet : 20k rp/pax
Teksi from hotel to jeti : 100k rp/3

Speedboat to Tanjung Uban : 53k rp/pax
Teksi to Treasure Bay return price : 450k rp/3
Entrance fee Treasure Bay : 100k rp/pax
Speedboat to Batam : 47k rp/pax
Teksi to Golden Prawn: 120k rp/3
Dinner at Golden Prawn : 421k rp/3

#Hari Kedua 

Hotel - Tebing Langit

Hari kedua hanya berada di pulau Batam sahaja. Lepas breakfast di hotel, book Grab ke Tebing Langit, keadaan tempatnya seperti di Jogjakarta. Ada rumah Hobbit, tikar terbang (tapi kena bayar harga lain). Nak naik sini kena hiking sikit tapi tak tinggi mana pun. Cuma kena hati2 sebab safety sini agak teruk. Scary jugak la dan gayat panjat atas tu. 

Itineray Ke Batam Dan Bintan, Indonesia

Itineray Ke Batam Dan Bintan, Indonesia

Itineray Ke Batam Dan Bintan, Indonesia


Tebing Langit, Balerang Bridge Masjid Chen Ho

Lepas bergambar apa yang patut, still pakai supir yang sama. Deal dengan dia untuk bawa pusing-pusing Batam. Dari Tebing Langit kitorang ke Balerang bridge, Masjid Chen Ho, singgah beli kek lapis dan direct ke terminal feri untuk balik Johor Bharu. 

Itineray Ke Batam Dan Bintan, Indonesia

Itineray Ke Batam Dan Bintan, Indonesia

Perbelanjaan Hari Kedua

Grab from hotel to Tebing Langit : 50k rp/3
Entrance fee Tebing Langit : 10k rp/pax
Tour Batam half day : 250k rp/3
Kek lapis : 250k rp
Seaport tax : 100k rp/pax

Jumlah Perbelanjaan

Cash bawa 1juta rupiah = Lebih kurang RM300
Total all in : RM529

Nota Kaki

  • Please take note tak semua tempat di Batam ni yang Grab boleh masuk. Antaranya Nagoya Hill, terminal feri & Balerang Bridge. 
  • Kalau ada budget lebih, please stay di Bintan & try watersport di Treasure Bay. Sumpah cool gila! Ada bumper boat, water tricycle, water stand-up paddle, inflatable kayak, water ZOVB, the Jetovator, cable ski, slip and slide and more. Scooter & ATV pun ada. Macam2 lah. Standby je duit banyak 2 ke 3 ribu ringgit sebab semua ride mahal
  • Kalau dah stay kat Bintan pulak, please spend 1 day untuk tour banyak tempat-tempat best kat Bintan. Banyak instagrammable spot kat Bintan ni - Bukit Pasir Busung, Danau Biru, Pantai Trikora & Patung Seribu Wajah. 
  • Please standby 100k rp untuk seaport tax dari Batam ke Stulang. Seaport tax ni wajib ye. Kat Stulang tak kena bayar. Kat Batam je kena. Jangan shopping sampai licin duit & lupa asingkan seaport tax
Tips

Booking penginapan korang guna Airbnb lebih murah dan jimat. Selalunya akan complete sebuah rumah siap ada kitchen, senang korang nak masak. Tekan link sini untuk register Airbnb



1 Comments

  1. nampak entry ni terus klik sebab mmg ada plan untuk ke Indonesia next year.. elokla baca2 pengalaman org dlu kan hehe sbb sy pun baru first time travel ke sana ni

    ReplyDelete
Previous Post Next Post