Kita biasa lihat dengan mata kasar kita, dimana seorang pemain bola mempunyai kehidupan yang mewah ketika ini baik pemain bola luar negara dan dalam negara. Rata-rata mereka mempunyai kehidupan yang serba cukup dengan mempunyai kelengkapan hidup mewah seperti pakaian berjenama, kereta mewah, rumah agam, dan sebagainya.
Disebalik kehidupan sebagai pemain bola, pasti ada perkara yang mendisiplinkan mereka sehingga berjaya di dalam kerjaya bola sepak. Dengan latihan yang disediakan, kecederaan yang diterima ketika dalama permainan dan sebagainya. Semua perkara ini perlu dititik beratikan oleh pihak pengurusan bagi membentuk pemain bola yang hebat.
Antara lain yang boleh membentuk pemain tersebut, mungkin pengurusan mengenakan denda terhadap seseorang pemain yang melanggar peraturan. Walaupun gaji mereka tinggi, pasti perkara ini akan menjatuhkan maruah mereka dan feeling down jika didenda.
Baru-baru ini, sebuah twitter Coral telah menunjukkan suatu papan kenyataan sebuah pasukan gergasi England iaitu Chelsea dimana disenaraikan bayaran denda yang dikenakan kepada setiap pemain jika melanggar peraturan.
Antara Denda Yang Dikenakan Terhadap Pemain Chelsea
Chelsea FC merupakan pasukan yang berpengkalan di London yang pada musim 2019/2020 ini mendapat pengurus baru iaitu bekas pemainnya Frank Lampard. Jika permulaan musim baru EPL ini, Chelsea akan struggle untuk memenangi perlawanan ternyata kini selepas 12 perlawanan, Chelsea menduduki tangga ke-2 selepas hanya 2 kekalahan sahaja.
Mungkin banyak perkara yang dioleh ketika ini bagi seseorang pengurus pasukan bola sepak. Antara perkara tersebut adalah mendisplinkan pemain dengan memberi bayaran denda dengan setiap perkara kesalahan yang dilakukan oleh pemain.
Jika dapat dilihat daripada gambar papan kenyataan di bawah 12 jenis denda (€1 = RM4.57) yang dikenakan pada musim 2019/2020 antaranya adalah :
- Lambat tiba ketika hari perlawanan (€2500)
- Lambat lapor diri ketika latihan (€2500)
- Lambat berada di Gym (€1000)
- Lambat untuk rawatan (€2500)
- Lambat untuk meeting pasukan (€500 per minit)
- Lambat untuk mula latihan (€20000)
- Telefon berbunyi ketika meeting (€1000)
Dan sebagainya. Anda boleh lihat sendiri denda yang dikenakan. Jika lambat banyar akan digandakan bayarannya. Mungkin ini salah satu tonik yang ditetapkan oleh Frank Lampard kepada pasukkanya sehingga berjaya setakat ini?
Admin bukan fans Chelsea pun, tapi perkara ini sangat baik sebenarnya. Tapi setiap pasukan mesti adakan perkara ini sebenarnya, barulah boleh disiplinkan pemain.