McDonalds telah memperkenalkan menu baru bagi menu burger iaitu Mushroom Cheese Melt Beef Burger. Ianya sebuah burger daging keju cendawan yang baharu. Mereka memberi tahu ianya 100% daging empuk digril dengan cendawan dan sos keju swiss. Pasti puas?
Jika pada bulan Oktober yang lepas, burger ikan pedas manis diperkenalkan, pada November ini, masih ingin mencuba variasi sos untuk burger lagi. Kali ini menggunakan campuran cendawan dan sos keju swiss.
Selain daripada perkenalan burger baru, McDonalds juga memperkenalkan kembali perisa mcflurry yang pernah keluar sebelum ini iaitu Nestum McFlurry. Adakah ianya berbaloi untuk dirasa? kene dengan citarasa rakyat Malaysia? Jom ikuti ulasan ringkas ini
Ulasan Ringkas Burger Baru Mushroom Cheese Melt Beef Burger
Jika anda pesan di kaunter McDonalds, anda ada 2 pilihan untuk dapatkan menu baru ini sama ada melalui pesanan terus atau mendapatkan harga promosi melalui aplikasi McDonalds. Ternyata dengan menggunakan Deal di aplikasi McD ianya sedikit berbaloi.
Dengan menu set anda boleh dapatkan dengan harga RM15.99 iaitu burger bersama-sama fries dan air minuman. Tetapi jika anda menggunakan Deal di aplikasi dengan harga RM17.50 anda boleh dapatkan burger, fries, air minuman dan juga Nestum McFlurry.
Berkenaan dengan rasanya pula, admin tidak dapatkan rasakan dengan baik sos mushroom keju swiss tersebut. Ianya mungkin diletakkan dengan kuantiti yang sedikit. Admin terpaksa merasakan terus, barulah dapat rasa sos tersebut. Ternyata rasanya sedikit manis kerana campuran keju dan dicampur dengan cebisan cendawan. Rasanya masih boleh diterima tetapi tidaklah terlalu sedap.
Bun yang ditaburan dengan bijih bijan sangat lembut dan daging juga mudah dimakan kerana digril dengan baik dan rasanya sedap.
Untuk Nestum McFlurry, rasanya sangat sedap. Bila campuran antara aiskrim vanila bersama dengan nestum, gabungannya begitu sempurna. Ketika anda makan aiskrim, ada nestum untuk anda kunyah di dalam mulut. So yeah! untuk Nestum McFlurry.
Adakah Akan Di Repeat?
Bagi admin, rasanya tidak begitu memukau dan tidaklah begitu kecewa. Tetapi secara jujur, admin tidak akan repeat menu ini kerana rasanya yang biasa dan juga harga sedikit mahal jika dibandingkan dengan harga. Bagi Nestum McFlurry, admin akan repeat lagi. Rasanya juga cukup menawan dan sedap.
Keywords:
makan
Tak pernah mkn mcd lg ni
ReplyDelete