Sekarang sudah ramai yang berjaya mempromosikan video karya sendiri menerusi medium Youtube. Ianya juga antara platform terbesar kandungan video disamping Vimeo, Bigo, MetaCafe, Twitch dan sebagainya. Jika anda video sendiri, anda boleh kongsikannya di dalam platform tersebut termasuklah Youtube.
Selain berkongsi video di Youtube, sebenarnya ianya salah satu platform untuk anda menjana pendapatan sampingan. Jika anda berjaya melepasi syarat yang ditetapkan oleh Youtube, anda boleh buat duit. Sebab itu, sudah ramai youtuber muncul di Youtube dan menjadikannya sebagai pendapatan utama. Selain blog, Youtube juga boleh memberi pulangan yang lumayan. Jangan lupa subsriber Youtube admin di Channel HelloKerja
Sama seperti blogger, youtuber juga dibayar melalui iklan Google Adsense. Anda minat menulis anda pergi ke blog tetapi jika anda minat menghasilkan video, anda pergi ke Youtube. Di blog juga, terdapat beberapa syarat untuk anda berjaya timbulkan iklan Adsense di blog. Di Youtube juga tidak ketinggalan, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi, sebelum anda berjaya menjadi publisher kepada Google Adsense
Syarat Menjana Pendapatan Daripada Youtube Menggunakan Google Adsense
Google Adsense adalah suatu platfom pengiklanan. Jika anda ingin iklankan perniagaan (advertiser) anda di pencarian Google, inilah tempatnya. Selain itu, anda juga boleh menjadi publisher iaitu meletakkan iklan di platform anda seperti Youtube dan Blog.
Jika anda ingin menjadi publisher di akaun Youtube, anda perlu melepasi beberapa syarat yang ditetapkan untuk berjaya monetization Youtube. Antaranya adalah :
- Anda perlu dapatkan sekurang-kurangnya 1000 subscriber bagi sesuatu akaun Youtube DAN
- 4000 jam tontonan. Bermakna lebih kurang 240,000 minit tontonan bagi kesemua video anda
Anda perlu penuhi kedua-dua kriteria tersebut sebelum anda layak monetize akaun Youtube anda. Selepas itu, barulah anda boleh mula menjana pendapatan melalui Youtube.
Cara Jana Pendapatan Daripada Youtube
Jika di blog atau website, setiap klik terhadap iklan yang ada, anda akan dibayar bergantung kepada nilai CPC iklan tersebut. Jika besar nilai CPC nya, maka besarlah pendapatan anda dan sebaliknya. Manakala bagi Youtube, ianya bukan bergantung kepada klik tetapi kepada tontonan.
Jika anda perasan, pada permulaan video akan dipaparkan iklan dan itulah iklan Adsense. Tempohnya lebih kurang 15 saat, 30 saat dan ke atas. Jadi untuk melayakkan anda menerima bayaran daripada Adsense tersebut, penonton harus melihat iklan tersebut sekurang-kurangnya 30 saat tanpa skip. Baru anda akan dibayar.
Sebagai garis panduan mudah bagi Youtuber pemula, anda akan dibayar USD1 bersamaan dengan 1000 views. Jadi dapatkan views atau tontonan yang lebih tinggi bagi memperoleh pulangan Dollar daripada Adsense dengan lebih tinggi. Inilah cara untuk anda buat duit menggunakan Yotuube.