Calon SPM2019 Membuat Petisyen Menuntut Supaya Gred Pemarkahan Diturunkan

sumber : nst

Sijil Pelajaran Malaysia, SPM2019 telah bermula pada awal November yang lalu. Lebih 400,000 calon SPM telah mendaftar bagi tahun 2019. Kini peperiksaan tersebut telah sampai ke penghujung tetapi sebenarnya ianya masih disebut-sebut lagi.

Pelajar SPM2019 telah menduduki kertas Add Math atau Matematik Tambahan pada 14 November 2019 manakala kertas Sejarah pada 18 November 2019. Ternyata kertas peperiksaan ini memberikan kesan yang buruk kepada pelajar khususnya pelajar SPM2019.

Manakan tidak, sebelum jika sebelum ini trending dengan 'Melissa' di Twitter bagi kertas Bahasa Inggeris dan selepas itu trending #spm2019 berkisarkan soalan add math dan sejarah yang susah pula. Ianya bukan sahaja dibawa ke media sosial tetapi dibawa ke peringkat membuat petisyen di change.org

Artiket Berkaitan : 'Adakah Melissa Wujud?' Ternyata nama ini wujud sama seperti di dalam kertas Bahasa Inggeris, SPM 2019

Petisyen Bagi Pengurangan Gred Pemarkahan Kertas Add Math Dan Sejarah


Baru-baru ini ada individu telah membuat sebuah petition bagi menuntuk gred markah lulus bagi Add Math diturunkan sebanyak 5% dan 50% bagi gred A+ kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Hal ini demikian, mereka merasakan soalan yang dikeluarkan oleh pihak LPM begitu susah dan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.



Setakat hari ini, sebanyak 30,000 lebih responden telah berjaya diperoleh. Mereka pastinya rata-rata calon SPM2019 yang tandatangan bagi menyokong petisyen tersebut untuk dibawa kepada pihak KPM. Peratusan menunjukkan lebih 80% telah tandangan petisyen ini.

Tidak cukup dengan dengan kertas peperiksaan Add  Math, ada individu yang lain juga telah membuat petition kepada pihak KPM dengan menuntut supaya markah kertas Sejarah diturunkan kepada 50% bagi gred A+. Ini kerana, mereka memberi tahu, format pada 2019 telah ditukar tanpa pengetahuan pelajar dan telah membuatkannya ia sukar untuk dijawab.


Sehingga kini 13,000 lebih responden telah tandangan petisyen tersebut selepas 7 hari ianya dibuat. Target mereka adalah seramai 15,000 responden. Nampaknya sudah lebih 80% daripada total jumlah yang ingin diperoleh

Jadi adakah perkara ini bagus untuk calon spm tersebut. Apakah ini cara dan saluran yang betul untuk menuntut sesuatu perkara. Seperti yang dimaklumkan oleh seorang guru di laman Twitternya berkaitan penurunan gred pemarkahan berdasarkan 3 perkara biasanya :

1) Penguasaan subjek yang lemah oleh murid; lebih-lebih lagi soalan KBAT; atau
2) Kualiti soalan semakin baik, (ditafsir sebagai susah oleh murid); dan
3) Seperti di no. 1 & 2.

Rata-rata komen nitizen selain daripada calon SPM2019 di laman sosial mempersoalkan tindakan pelajar ini sehingga sanggup membuat petition terhadap pihak Kementerian. Jadi untuk calon, berdoalah supaya segala jawapan yang anda curahkan di dalam dewan peperiksaan betul seperti skema jawapan ataupun salah dan tiada markah. Rugi je la sign petition kan.

1 Comments

  1. masa cikgu mengajar kau x beri perhatian. Bila x leh jwb soalan masa exam, pandai2 plak kau nak turunkan markah lulus!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post