Gambar Tular Yang Memaparkan Harga Proton X50 Bermula RM75,000 Adalah Palsu

gambar tular harga proton x50 adalah palsu

Gambar tular yang memaparkan harga PROTON X50 bermula RM75,000 sehingga RM130,800 di media sosial adalah palsu. Ianya disahkan sendiri oleh PROTON di laman facebook rasmi mereka sebentar tadi.

Dalam kenyataan mereka di facebook, PROTON memberitahu senarai harga untuk PROTON X50 yang akan dilancarkan secara rasmi akan datang ini masih belum dikeluarkan dan didedahkan dimana-mana platfrom buat masa ini. Oleh itu, senarai harga bersama gambar yang tular di media sosial itu adalah palsu dan tidak benar.

PROTON memberitahu, senarai harga akan dikeluarkan tidak lama lagi. Jadi diharapkan anda bersabar sebelum pengumuman dibuat kelak. Untuk maklumat sahih, anda boleh dapatkan informasi menerusi facebook rasmi PROTON atau melalui laman web www.proton.com


PROTON X50 Terbaru Daripada PROTON

Pada 12 September yang lepas, PROTON telah mendedahkan rekaan terbaru PROTON X50 yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai dalam sebuah acara tertutup. Dalam acara tersebut, didedahkan kepada media terpilih untuk lihat kereta baru tersebut dengan lebih dekat.

Model SUV PROTON yang dinanti-nantikan sudah mula dihasilkan di kilang pengeluaran baharu di Tanjung Malim. Pengerusi PROTON, Dato’ Sri Syed Faisal Albar, juga mengesahkan bahawa selaras dengan penamaan SUV PROTON X70, SUV segmen-B baharu ini akan diberi nama PROTON X50.

gambar tular harga proton x50 adalah palsu

PROTON X50 adalah kenderaan kedua yang dilancarkan hasil dari perkongsian teknologi antara PROTON dan Geely. Dibina atas platform BMA (B-segment Modular Architecture) yang juga digunakan oleh produk Geely dan Volvo, ia juga menggunakan enjin turbo, kotak gear DCT tujuh-kelajuan dan sistem bantuan pemandu generasi baru.

Sempena dengan Hari Malaysia, PROTON juga mengumumkan bahawa pelanggan yang ingin menempah PROTON X50 boleh berbuat demikian di semua bilik pameran PROTON dengan bayaran RM500 mulai 16 September baru-baru ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post