Jika anda sedang mencari resepi puding, anda boleh lihat sini aneka pilihan 8 resepi puding yang sedang untuk disediakan bagi yang tersayang. Boleh buat sendiri di rumah je.
Puding antara makanan pencuci mulut yang manis dan lembut serta boleh dimakan oleh semua lapisan umur. Budak-budak boleh makan, orang tua pun boleh makan. Ia pasti sedap bila makan ramai-ramai lagi dengan yang tersayang.
Jadi jika anda sedang mencari aneka puding sedap untuk dimasak, anda boleh tengok sini sehingga 8 jenis puding beserta resepi yang anda boleh cuba. Penyediaannya juga tidaklah begitu rumit dan bahan yang digunakan ringkas sahaja.
8 Aneka Pilihan Resepi Puding Sedap
Resepi ini daripada perkongsian di facebook senangnya masak. Jadi jika anda ingin cuba lebih banyak resepi, boleh cuba kelak.
#1. Agar-Agar Pandan Santan
Bahan-bahan
- 25 gram agar-agar bertali
- 1500 ml air
- 1 cawan gula pasir
- 2 -3 ketul gula batu - sebesar ibu jari tangan (pilihan)
- 1 cawan air daun pandan - kisar 5 helai daun pandan dg 1 cawan air dan tapis
- 1 cawan santan - guna 1/2 biji kelapa parut
- 1 biji telur gred A
- Sedikit pewarna hijau
Cara-Cara
- Masak agar-agar dengan air sehingga hancur. Setelah agar-agar hancur, masukkan gula dan gula batu. Kacau lagi sehingga gula hancur.
- Masukkan kelapa parut, daun pandan dan telur ke dalam blender dengan 1 1/2 cawan air. Setelah dikisar hancur, diperah dan ambil santan sebanyak 2 cawan. Masukkan sedikit pewarna hijau. Saya tak letak kerana tiada stock, jadi warna hijau daun pandan original tidak berapa cantik.
- Tuang santan ke dalam periuk agar-agar. Kacau rata sehingga ianya mendidih. Setelah mendidih dan masak sekata, angkat dan tuang ke dalam loyang atau acuan yang disukai.
- Setelah hampir mengeras, pindahkan ke dalam peti sejuk. Setelah keras, bolehlah dipotong dan dihidangkan sejuk sejuk, memang sedap.
Tips
Guna gula batu supaya agar agar tidak berair ketika dipotong. Ia akan lebih pejal.
#2. Puding Marble
Bahan-Bahan
- 37 gm agar-agar tali (1 tahil)
- 6 gelas air (1300 ml)
- 2 1/2 gelas gula pasir ( 470gm)
- 4 biji telur
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1 1/2 tin susu cair
- 2 sudu besar marjerin
- 1/2 cawan serbuk koko (bancuh dgn sedikit air)
- 1 sudu teh esen vanilla
Cara-Cara
- Masak agar-agar dengan air
- Pukul telur sampai kembang, masukkan tepung jagung ke dalam telur, pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan susu cair dan esen vanilla, pukul sebati.
- Apabila agar-agar tadi sudah hancur masukkan gula. Bila hancur tapis kan ke dalam periuk. Kemudian jerang balik ke atas dapur hingga mendidih.
- Masukkan adunan telur tadi (tapis dahulu adunan telur sewaktu menuang ke dalam agar-agar)
- Kemudian kacau hingga mendidih dua tiga kali. Masuk marjerin dan kacau lagi.
- Angkat dan bahagikan kepada dua bahagian. Satu masukkan koko dan kacau di atas api. satu bahagian lagi warna asal vanilla.
- Apabila angkat tuang berselang seli di dalam loyang.
- Boleh disimpan sejuk dalam peti sejuk. Bila sejuk, sedia untuk dimakan!
#3. Puding Karamel Lapis Coklat
Bahan-Bahan
Bahan A :
- 1 tin susu cair (375 ml)
- 5 s/b gula
- 3 biji telur A
- 1 s/k esen vanilla
- 2 s/b tepung kastad
Bahan B :
- 1 tin susu cair
- 5 s/b gula
- 3 biji telur A
- 2 s/b tepung kastad
- 4 s/b serbuk koko atau 1 s/k serbuk nescafe + 1s/k coklat pes
Bahan C :
- 2 s/b gula [hanguskan] atau 2 s/b madu (Saya guna 5 s/b gula. suke karamel banyak-banyak)
Cara-Cara
- Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yang berasingan. Tapiskan.
- Masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci.
- Panaskan periuk kukusan, kukus guna oven. Letak air dalam dulang pembakar dan kukus pada suhu 200°C. Boleh juga kukus atas dapur.
- Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.
- Sebelum masukkan adunan B, goreskan sedikit bahagian atas permukaan lapisan A yang sudah masak tadi sedikit dengan sudu garfu. Maksudnya nanti lapisan A dan B akan melekat antara 1 sama lain.
- Kemudian masukkan pula 1/2 cawan adunan B diatas lapisan adunan A.
- Ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis. Boleh buat 2 lapis, 3 lapis atau lebih. Setiap lapisan perlu dikukus.
- Sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan hidangan. Potong dan hidangkan.
#4. Puding Roti Kukus Berkuah Sos Kastard
*PUDING ROTI KUKUS*
Bahan-Bahan
- 5 keping roti gardenia ( roti lain pun boleh la )
- 2 biji telur
- 4 sudu besar gula
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 tin susu cair
- 2 sudu butter
- Kismis ( beli je 1 kotak kecil )
Cara-Cara
- Masukkan telur, gula, esen vanila ke dalam satu bekas, mixer sampai sekata / kembang (nak guna blender pun boleh)
- Lepas tu, masukkan susu cair, kacau sekata.
- Ambil roti, sapukan butter depan dan belakang (kalau nak carik-carikkan pun boleh ya!) susun dalam loyang bagi comel-comel tau!
- Kemudian, tuang ke semua adunan ke atas roti dalam loyang, dan tabur kismis.
- Kukus selama 20-25 minit.
*SOS KASTARD*
Bahan-Bahan
- 2 sudu besar tepung kastard
- 2 sudu besar gula
- 1 tin susu cair
- 1 sudu kecik esen vanila.
Cara-Cara
- Masukkan semua bahan di atas, masak atas api perlahan, kacau sampai masak.
- Pastikan di kacau untuk mengelakkan ianya berketul.
#5. Puding Oreo Lapis Milo
Bahan-Bahan
- Satu packet agar-agar putih
- 750ml air
- 140g gula (aku tak suka manis)
- 1 tin susu cair,
- 2 sudu besar tepung kastard
- 3/4 cawan milo
- 1 bungkus oreo
Cara-Cara
- Larutkan agar-agar dengan air
- Masukkan gula sampai larut
- Tuang susu cair sentiasa kacau
- Campurkan tepung kastard, pastikan tepung kastard dibancuh dengan air, kalau tuangkan terus dalam agar-agar nanti dia berketul.
- Sentiasa kacau sampai pekat dan mendidih,
- Perlahankan api, jangan tutup nanti berketul agar-agar
- Asingkan 2 cawan agar-agar dalam periuk lain.
- Masukkan milo kacau sampai rata dan asingkan juga kepada 2 bahagian
- Perlahankan api, mula untuk melapis agar-agar
Cara Melapis Puding
- Masukkan 1 bahagian milo ke dalam acuan
- Setelah keras sedikit, masukkan agar-agar putih (susu) bersama biskut oreo yang dipatah-patahkan
- Masukkan agar-agar putih dalam bekas puding dan patah-patahkan biskut oreo
- Tunggu agar-agar keras sikit, masukkan lapisan milo yang terakhir
- Sejukkan di dalam freezer dan esok dah boleh makan!!!
#6. Agar-Agar Tembikai
Bahan-Bahan
- 1 paket serbuk agar agar (10 gram)
- 4 hingga 4 1/2 cawan air (1 cawan = 190ml) - guna 4 cawan jer
- 3/4 cawan gula pasir
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 3 biji telur gred A (asingkan kuning dan putih )
- Pewarna merah, kuning dan hijau
- Sedikit kismis
Cara-Cara
- Masak agar agar bersama air dan gula hingga gula hancur. Masukkan esen vanilla. Tutup Api. Sejukkan adunan agar-agar hingga suam suam kuku (anggaran 15-20 minit).
- Pukul putih telur hingga betul betul kembang (jika terbalikkan bekas, adunan tak tumpah), kemudian masukkan kuning telur satu persatu, pukul lagi hingga kembang dan gebu.
- Tuang 1 senduk adunan agar agar dalam satu masa (yang dah suam suam kuku tu) ke dalam bekas adunan telur sedikit demi sedikit hingga suam dan rata.
- Pukul lagi hingga sebati dan adunan menjadi agak sejuk. Ulang sehingga habis. Jangan masukkan adunan agar-agar suam sekali gus kerana ianya akan menyebabkan lapisan terapung dan terpisah dari agar-agar.
- Tuangkan ke dalam bekas yang telah dibasahkan, masukkan 2 sudu kecil pewarna di bahagian tengah adunan dan kacau dengan mengguna lidi atau chopstik.
- Kacau dengan berhati-hati supaya warna tidak terkena dasar bekas.
- Letakkan kismis di permukaan agar agar (sebagai biji buah tembikai). Sejukkan ke dalam peti sejuk.
- Apabila agar agar sudah beku, keluarkan agar agar dari bekas dan dengan menggunakan berus, warnakan bahagian luar dgn warna hijau sebagai kulit tembikai.
- Biarkan pewarna mengering sebelum disimpan di dalam peti sejuk dan dihidangkan.
#7. Puding Sumi Selasih
Bahan A
- Separuh agar-agar bertali yang 20gm
- 3 1/2 cawan air
- 1/2 cawan gula
- 2 paket sumi/jelly
- 2 sudu besar biji selasih – Rendam dengan air panas bagi kembang
Cara-Cara
- Masak agar-agar dengan air hingga larut. Masukkan gula dan Kacau sehingga gula larut.
- Masukkan biji selasih dalam agar-agar. Kacau lagi hingga batikan. Tutup api.
- Sediakan loyang 8 x 8. Susun kesemua sumi/jelly dalam loyang. Tuang perlahan-lahan agar-agar atas sumi/jelly sehingga habis adunan agar-agar. Biarkan sederhana beku.
Bahan B
- Separuh agar-agar bertali yang lebih tadi
- 1 1/2 air
- 1/2 cawan gula
- 1 tin susu cair
- Secubit garam
- Pewarna peach/ikut suka
Cara-Cara
- Masak agar-agar bertali dengan air hingga larut. Masukkan gula dan kacau hingga rata.
- Masukkan susu cair, kacau bahan dan bubuh secubit garam. Kacau lagi hingga sebati.
- Last bubuh pewarna yang di sukai. Kacau supaya sebati. Agak-agak nak mendidih, tutup api.
- Tuang agar-agar berwarna atas agar-agar sumi/jelly perlahan-lahan sehingga habis adunan.
- Biarkan beku/sejuk seketika. Kemudian simpan dalam peti sejuk dalam 3-4 jam
- Bila dah sejuk, keluarkan. Cuba terbalikkan loyang untuk mengeluarkan puding perlahan-lahan atas alas yang rata. Potong ikut suka, hidangkan.
#8. Agar-Agar Susu lapis Coklat
Bahan Lapisan Coklat
- 10gm agar2 serbuk
- 4 1/2 cawan air
- 7 sudu besar
- 3/4 cawan Coklat Malt ~ (k.nor letak 1/3 cawan serbuk koko)
Cara-Cara
- Masak agar-agar bersama air hingga agar-agar larut.
- Masukkan gula dan milo, kacau perlahan hingga gula larut. Tapiskan.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang empat segi 20 x 20 cm ataupun dalam acuan yang dikehendaki. Biarkan beku sebentar.
- Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan coklat dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan susu nnt.
Bahan Lapisan Susu
- 10 gm agar2 serbuk
- 3 cawan air
- 1/2 cawan gula
- 1 1/2 cawan susu sejat/cair
- Beberapa titis esen vanila
Cara-Cara
- Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
- Masukkan gual dan kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
- Masukkan susu sejat dan esen vanila.
- Dengan perlahan-lahan, tuangkan adunan ke atas lapisan coklat tadi.
- Letak dalam fridge dan hidangan sejuk-sejuk. Siap!
Keywords:
resepi