Terdapat lebih 10 tips dan cara pakai minyak wangi agar tahan lama. Dah beli minyak wangi mahal-mahal tapi rasanya ketahanan bau tidaklah sampai ke tahap maksimum. Kan rugi je beli mahal-mahal tu. Jadi ikuti tips ini supaya bau minyak wangi tetap bau wangi dari pagi hingga petang.
Ramai yang suka pakai minyak wangi bagi menyerlahkan penampilan, meningkatkan keyakinan diri supaya diri dan orang sekeliling senang dengan kita. Semua orang suka dengan bau wangi tetapi janganlah terlalu menusuk hidung dengan memakai perfume berlebihan. Daripada orang suka, terus orang ramai lari daripada kita sebab bau kuat sangat.
Jika kita seharian berada di luar atau tempat panas, pasti membuatkan badan kita berpeluh. Jadi ingat, pakai lah perfume sikit sebelum keluar rumah dan pastikan bau tidak berubah dan tahan lama sehinggalah petang. Dengan 10 cara ini, bau minyak wangi anda akan kekal harum dan tahan dalam tempoh yang lama. Tips ini sesuai untuk perfume bagi lelaki dan perempuan.
1. Pakai Bersama Lotion / Body Wash
2. Sembur Pada Bahagian Nadi
Tempat penyemburan yang terbaik adalah pada bahagian nadi. Terdapat beberapa bahagian nadi yang boleh disembut iaitu di pergelangan tangan, pada bahagian telingan, pada bahagian leher, pada siku dan belakang lutut. Pada bahagian ini sedikit panas dan membolehkan sebaran fragrance itu lebih berselerak dan wangi.
BACA : 11 Jenis Hadiah Untuk Lelaki Yang Sesuai Untuk Mereka Tahun 2020
BACA : 11 Jenis Hadiah Untuk Lelaki Yang Sesuai Untuk Mereka Tahun 2020
3. Jangan Gosok Perfume Selepas Sembur
Jangan sesekali gosok minyak wangi yang disembut sebagai contoh di pergelangan tangan. Ini akan merosakkan molekul fragrance tersebut dan akan kurang ketahanan dan mungkin tidak jadi wangi lagi. Jika mahu jimat, jangan gosok tetapi tap sahaja pada bahagian-bahagian tertentu. Dari tangan kanan, tap pada tangan kiri atau di leher dan sebagainya.
4. Sembur Pada Wangi
Perfume juga sesuai disembur pada rambut tetapi bukan sembur secara terus. Sembur minyak wangi tersebut pada sikat terlebih dahulu kemudia biarkan beberapa saat dan barulah mula sikat rambut anda. Jadi ia akan tersebar lebih baik pada bahagian anda.
5. Jangan Sembur Berlebihan
Ini penting, sembur dengan yakin tetapi jangan berlebihan. Khuatiri anda akan terbau kuat dan pastinya akan memberi kesan kepada orang sekeliling. Bau kuat pun, kita tak suka apatah orang sekeliling kita.
6. Simpan Perfume Anda Di Tempat Yang Betul
Ini penting, kerana akan memberi ketahana kepada perfume anda tersebut. Sila simpan di tempat yang dingin dan kering. Jangan biarkan ianya terdedah di tempat yang panas, khuatiri minyak wangi anda akan menjadi masam.
7. Pakai Minyak Wangi Selepas Mandi
Ini adalah masa yang sesuai untuk anda sembut perfume pada badan anda. Ini kerana ketika ini badan anda masih lembap dan sangat sesuai untuk minyak wangi melekat pada badan. Ianya akan tahan lebih lama pada permukaan yang lembap. Selepas mandi, sembur perfume dulu.8. Pakai Pelembap
Jika kulit anda kering, sebaiknya pakai pelembap seperti vaseline terlebih dahulu. Pakai vaseline pada kulit pada bahagian yang ingin disembut perfume terlebih dahulu. Dengan itu, pada bahagian tersebut akan menjadi lembap dan barulah sesuai disembut perfume untuk menjadikan lebih tahan lama. Cara ini juga mengelakkan masalah kulit pada sesetengah individu. Barulah selamat nak sembur minyak wangi kan.
9. Buang Perfume
Perfume juga ada tarikh luput dan ianya takkan bertahan selamanya. Jadi kalau dah tarikh luput, biasanya bau nya sudah bertukar. Jadi sebaiknya, buang sahaja minyak wangi yang sudah sampai tarikh luput. Beli sahaja dan beli yang baharu.
10. Upgrade Daripada EDT kepada EDP
EDP dan EDT ini adalah berbeza dari segi kepekatan. Eau De Toilette (EDT) adalah menunjukkan kepekatan yang kurang daripada Eau De Parfum (EDP) dan pastinya lebih murah. EDP lebih mahal tetapi lebih tahan laman berbanding EDT. Jadi kalau ada bajet lebih, mungkin boleh upgrade daripada EDT ke EDP.