Kita perlu tahu sedikit tips dan cara simpan bahan mentah supaya ianya tidak cepat rosak. Bahan mentah seperti ayam, daging, buah-buahan dan sayur-sayuran haruslah disimpan tempat yang sejuk dan tempat tersendiri bagi mengelakkan ianya cepat rosak.
Bahan-bahan tersebut mestilah berada di suhu yang rendah bagi mengelakkan ianya busuk dan disimpan di dalam bekas tertutup. Bagi mengelakkan pembaziran kepada bahan mentah yang mungkin kita tak guna lagi, jadi ikuti tips dan cara simpan bahan mentah di bawah ini.
Cara dan tips ini telah dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter @anasulianna tentang cara simpan bahan mentah supaya tidak rosak sehingga 3 minggu lamanya. Ianya masih elok untuk dimasak dan dimakan selepasnya.

Tips Simpan Bahan Mentah
Anda boleh ikuti Thread Tweet penuh daripada twitter tersebut bagaimana sayur-sayuran disimpan sehingga boleh tahan berminggu-minggu.
Biasanya cili camni seminggu pun tak tahan kalau salah cara simpan. Try simpan ikut petua kat fb, dah 3 minggu lebih masih elok. Tak membazir! Kalau tak sikit sikit rosak beli ciliiii baru 🔪 pic.twitter.com/li4LxzJaIU— انا سوليانا (@anasulianna) January 1, 2020
Cara Simpan Cili
Biasanya cili tak sampai seminggu kalau diletakkan di luar dengan suhu bilik dah rosak. Kalau letak dalam peti ais pun tanpa cara yang betul dalam seminggu lebih dah tak boleh makan. Tips dan cara yang terbaik adalah isi dalam bekas dan letak dalam peti ais. Lapik tisu, renjis air, buang tankai cili dan bilas. Kemudia letak sedikit bawang putih, 3 - 4 biji. Dan ternyata ianya berhasil lebih 3 minggu pun.
Cara Simpan Halia, Lengkuas dan Kunyit
Bagi bahan ini pula, cara dan tips adalah perlu dibersihkan dahulu sebelum dimasukkan kepada bekas yang berisi air dan pastikan ianya tertutup. Tambah lagi, ganti air tersebut seminggu sekali untuk mengekalkan kesegarannya. Ianya terpakai untuk 3 jenis iaitu halia, lengkuas dan kunyit.
Cara Simpan Bahan Lain
1. Serai - Kalau taknak serai kering, letakkanya dalam cawan yang berisi air dan simpan dalam peti air.
2. Daun Bawang, Ketumbar dan Daun Sup - Bersihkan akar terlebih dahulu, kemudian rendam akarnya sahaja di dalam air. Simpan di dalam peti ais.
3. Bawang Merah Dan Kentang - Longgok di dalam bakul dan dedahkan di tempat yang kering. Tidak perlu masuk peti ais.
4. Bungan Kantan - Bungku dalam plastik aiskrim (yang panjang), letak air dan bekukan. Lebih 2 bulan tetapi masih tahan.
5. Taugeh - Letak dalam bekas berisi air dan rendam bersama asam keping
6. Brocolli Dan cauliflower - Letak tangkai di dalam air kemudian simpan di dalam peti. Boleh tahan sebulan
7. Tomato - Susun tomato tersebut dimana bahagian tangkai mesti menghadap ke atas. Simpan dan bekas dan masuk ke dalam peti ais.

8. Dedaun Herba (Limau Purut, Pandan, Kesom, Daun Kari) - Masukkan ke dalam ziplock atau plastik biasa dan bekukan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda semua. Mungkin anda boleh cuba selepas ini dirumah. Pastikan sayuran kita sentiasa segar sebelum kita masak dan makan. Kekalkan zat yang ada pada sayur dan bahan mentah tersebut.

sumber : twitter anasulianna