Proses Gantian MyKad boleh disiapkan dalam masa 30 minit, itulah yang diumumkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara sebelum ini. Kini anda tidak lagi perlu menunggu berhari-hari bagi mendapatkan gantian MyKad yang baru.
Jadi siapa je yang boleh ganti MyKad dengan tempoh proses dalam 30 minit ni. Adakah orang yang baru nak buat MyKad pun dapat keisitimewaan ini? Hanya 4 jenis permohonan penggantian yang dibenarkan untuk siap dalam 30 minit ini iaitu:
- Gantian kad rosak
- Gantian cip rosak
- Gantian biasa (menaiktaraf cip dari 32k/64k ke 80k)
- Gantian disebabkan kehilangan
Tempoh masa kutipan MyKad bagi transaksi permohonan dalam talian yang berjaya adalah berbeza bergantung kepada pilihan pusat kutipan seperti berikut :
- Selepas tempoh 30 minit di Ibu Pejabat JPN W.P. Putrajaya, Ibu Pejabat Negeri dan semua Cawangan UTC
- Selepas tempoh 5 hari waktu bekerja di JPN cawangan Semenanjung Malaysia
- Selepas tempoh 7 hari waktu bekerja di JPN cawangan Sabah dan Sarawak
Namun bagi permohonan kad pengenalan kali pertama, kad pengenalan 12 tahun, proses permohonan akan mengambil masa selama sehari. Manakala bagi proses gantian kad pengenalan yang bermasalah, tempoh siap kad baharu akan mengambil masa sekurang-kurangnya 3 bulan.
Selain daripada perkhidmat yang lebih pantas diberikan, kini anda boleh melakukannya secara atas talian (online) sahaja tanpa pergi ke kaunter JPN.
Perkhidmatan Secara Online Tanpa Pergi Ke Kaunter JPN
Bagi memudahkan urusan pengguna yang ingin berurusan dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kini mereka menawarkannya secara atas talian (online). Antara perkhidmatan yang disediakan adalah:- Sistem Gantian Mykad (tidak bermasalah)
- Semakan Status Permohonan (MyKad / MyPR / MyKAS)
- Semakan Status Permohonan MyKid
Dengan cara ini, anda tidak perlu beratur lagi menunggu panggilan dimana-mana Ibu Pejabat JPN atau UTC lagi. Anda hanya perlu pergi ke laman web www.jpn.gov.my dan pilih perkhidmatan yang disenaraikan di atas.
Selain itu, JPN juga telah mengeluarkan sebuah aplikasi telefon pintar dimana ianya dapat membantu menyelesaikan masalah ketika anda sedang beratur di kaunter JPN. Antara ciri yang disediakan melalui aplikasi InfoQ JPN adalah :
- Bilangan pelanggan sedang menunggu
- Waktu operasi cawangan JPN
- Alamat cawangan JPN
Untuk pertanyaan dan maklum balas sila hubungi kami di talian 03-8880707 atau layari laman web rasmi JPN di www.jpn.gov.my
Keywords:
info